Wednesday 19 November 2014


Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog, aku nak share sikit pasal lagu original band aku yang nyanyikan, lagu ni digubah oleh Saudari Hazwani Hussin yang berjudul "Warkah Buat Kekasih". Lagu ini relax relax je, kalau sudi dengar-dengarkanlah dan komenlah apa yang patut ^_^! Terus menyokong kami, inshaallah ada beberapa buah lagu lagi yang bakal menyusul selepas ini. Semua ni pun sebab suka-suka, minat dan hobi masa lapang. Terima Kasih kepada felo Kolej aku iaitu Saudara Khairul Daniel yang juga mempunyai bakat dalam menggubah lagu dan menyanyi. So, listen and enjoy our music! =)


Original song composed by Hazwani Hussin

Vocal & Lirik: Ais Kacang Band
Susunan & gubahan muzik: KDRecord

Kimi Jamai - Vocal

Farhan Boo - Vocal & Video Editor

Aiman Thumb - Vocal 

Iman Putra - Vocal & Guitarist

Lyric:

[Verse]
Ku Tuliskan Warkah
Buat Dirimu
Kasih Dengarkanlah
Fahamilah



Ku Karang Warkah Ini


Dari Puitis Lagu
Cinta Untuk Kamu
Pemilik Jiwa



[Rap]


Saat Pertama Kali Ku Melihat Dirimu
Jiwaku Rasa Tidak Tenang Dan Tidak Menentu
Apa Yang Ku Rasa
Indah Dalam Sukar
Apa Yang Ku Tahu
Gelap Dalam Gelita



Bibirku Kelu Dan Tidak Mampu Berbicara


Ke Mana Saja Ku Pergi Wajahmu Di Mana-mana
Apa Yang Ku Rasa
Ku Mahu Dirimu
Apa Yang Ku Tahu
Ku Bahagia Denganmu




[Chorus]


Aku Mahu Kamu Tahu
Aku Cinta Diri Kamu
Sepenuh Jiwa
Jua Raga



Namun Aku Terpaksa Mengaku


Ku Turut Rasa Risau Akan
Hilangnya Dirimu



[Verse]


Berjanjilah Dengan Ku Sayang
Kau Tak Akan Pergi
Dari Hidupku
Ku Tak Mampu Tanpamu



[Rap]


Berjanjilah Dengan Ku Sayang
Kau Tak Akan Pergi
Dari Dari Dari Dari Hidupku
Ku Tak Mampu Tanpamu



[Chorus]


Aku Mahu Kamu Tahu
Aku Cinta Diri Kamu
Sepenuh Jiwa
Jua Raga



Namun Aku Terpaksa Mengaku


Ku Jua Rasa Risau Akan
Hilangnya Dirimu

Berjanjilah Sayang
Kau Akan Terus
Di Sisiku
.
.
.
.
.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Posted on Wednesday, November 19, 2014 by Farhanboombastic

1 comment

Tuesday 18 November 2014

Salam semua, dah lama tak update blog ni. By the way, ramai yang tertanya-tanya mengenai gaya bebas ataupun dikenali sebagai freestyle/front crawl dalam Bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan renang, acara gaya bebas sebenarnya bebas untuk para perenang menggunakan apa jua gaya renangan dalam acara tersebut. Jangan hairan jika ada perenang yang menggunakan gaya kupu-kupu/breast stroke untuk acara renang gaya bebas dalam pertandingan. Namun, tidak dapat dinafikan lagi bahawa freestyle/front crawl adalah gaya renang yg paling laju antara semua gaya renang yg diiktiraf.



Ni la gaya bebas ataupun front crawl










Untuk gaya bebas, kelajuan renangan bergantung kepada kekuatan pedal kaki seperti motorboat. Kedua-dua belah tangan digunakan untuk mencengkam air bagi menghasilkan momentum dengan menolak seluruh badan ke hadapan.

Lihat gambar-gambar di atas yang telah dipaparkan untuk gambaran yang lebih jelas.

1.Tapak tangan & jari jemari
Tapak tangan tidak perlu terlalu melengkung sehingga berbentuk huruf "C". Hanya sekadar cukup untuk mencengkam dan menarik air untuk menghasilkan momentum. Jari-jemari mestilah dirapatkan agar tiada air yang terlepas dari cengkaman ketika melakukan renangan gaya bebas.

2. Tangan
[semasa di dalam air]
Tangan anda mestilah lurus ke hadapan, dan anda perlu mencengkam air di bahagian paling hadapan seterusnya menarik air yang dicengkam ke belakang, melalui sisi badan, dan seterusnya menghasilkan momentum air untuk menolak badan ke hadapan. Ada juga pattern tangan yang anda boleh lakukan dengan melakukan tarikan bentuk huruf "S" untuk menghasilkan tolakan.


[semasa atas permukaan air]
Setelah melakukan tolakan di bawah air, kini tangan anda akan diteruskan di permukaan air. Untuk teknik di atas permukaan air pula, tangan anda perlulah dibengkokkan di bahagian siku dengan 90 darjah dan seterusnya meluruskan tangan ketika tangan hampir masuk kembali ke dalam air.




3. Kaki
Untuk bahagian kaki pula, kayuhan kaki mestilah konsisten dan stabil. Tidak perlu menggunakan kekuatan yang banyak kerana jika kaki lebih rileks, lagi banyaklah kayuhan yang dapat dilakukan. Ingat, kayuhan yang bagus adalah rileks, konsisten dan stabil, maksudnya di sini setiap kayuhan mempunyai momentum yang sama serta kekuatan yang digunakan. Lagi banyak dan pantas kayuhan kaki, lagi pantas renangan ini selain daripada bantuan tangan yang turut membantu untuk menghasilkan momentum dalam air. Sila lihat gambar di bawah:





Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus ajukan sebarang pertanyaan dan persoalan di ruangan komen di bawah. Sekian, terima kasih!

Posted on Tuesday, November 18, 2014 by Farhanboombastic

4 comments

Saturday 25 October 2014



Putra Canselor Carnival (4th PCC): Youth On The Move! adalah satu PROGRAM inisiatif sendiri para pelajar Kolej Canselor yang akan dijalankan buat kali keempat dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Canselor dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM yang menyatukan pelbagai pertandingan dan aktiviti menjurus kepada pembentukan dan pembinaan sahsiah masyarakat yang cemerlang dan seimbang. Bertemakan“Youth On The Move!”,karnival ini berkemampuan untuk menyeru masyarakat pelbagai lapisan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi keperluan fizikal dan mental yang bermula seawal usia kanak-kanak serta menjadikan golongan belia sebagai agen perubahan masyarakat yang menyumbang bakti kepada negara.Pelbagai jenis aktiviti yang meliputi aspek fizikal, mental, intelek, rohani, dapat menjadikan karnival ini versatil agar dapat memenuhi permintaan warga Universiti Putra Malaysia, dan juga penduduk Serdang, dalam pelbagai aspek. Karnival ini juga secara tidak langsung akan menyentuh aspek kemahiran Insaniah yang ingin diterapkan secara holistik.
Pengisian Aktiviti & Pertandingan
Putra Canselor Carnival (4th PCC): Youth On The Move!

Canselor Futsal Kickoffs
Grand Canselor Takraw Tournament
Forum Perdana: Share & Cure
Malam Cinta Allah & Rasul
Bitstrip Challenge!

Canselor Chess Tournament: Chess It Out!
Canselor Story Telling: Small Voice, Big Story!
Canselor Children Art Attack!
Battle Of The Band: We Dare You!

Malaysian Home Run (Explorace 1 Malaysia)
Mighty BUSINESS Mind!
CAREER Newsletter
Youth Top Motivator

Putra Mini Games
-Giant Bubble
-Pameran Haiwan
-Tarik Tali
-Putra Fitness Challenge


Charity Mission: PROGRAM Bersama Anak Yatim "Seikhlas Budi"
Charity Mission: Let’s Donate! Show Your Concern!
Charity Mission: Le’ Tour De UPM

 Gerai Jualan: Makanan, Barangan Kering, Mini Games, Gerai Jualan Pelajar
 


 
 

Nantikan & Sertai PCC pada November ini!

Tarikh Karnival

14, 15, 16 November 2014

Bertempat Di

Kolej Canselor
Universiti Putra Malaysia

Untuk sebarang maklumat & pertanyaan mengenai Putra Canselor Carnival (4th PCC): Youth On The Move! boleh menghubungi

Muhammad Syafiq Farhan Boo Bin Omar Boo 
017-4699251
Pengarah 4th PCC

Auf Iylia Bin Sarbani
010-5425892
Timbalan Pengarah 1 4th PCC


Syamin Syazwani Binti Rozi
013-380 1597
Timbalan Pengarah 2 4th PCC

Jemputlah kawan-kawan semua memeriahkan lagi Karnival ini! Percuma! Hanya datang dan nikmati kemeriahan karnival ini!


Posted on Saturday, October 25, 2014 by Farhanboombastic

1 comment

Friday 11 April 2014


Assalamualaikum & slmt sejahtera geng =D...so, dah lama x update blog ni yg dah bersawang~~ so nak update sikit lah. Semalam Kimi Jamai dtg rumah aku untuk buat cover lagu...haaaa...dia ni mmg artis Nasyid UPM, bukan takat UPM, Maher Zain pun kenal dia sbb dia power sangat. hahahaha....So, semalam kami plan nak re-cover balik lagu cinta arjuna-aliff aziz...tapi sayang...sayang benar yg kami x mampu buat yg terbaik ptg tu...start pukul 3pm dh nyanyi dah..pulun punya pulun sampai ke malam tak siap satu habuk pun kt track audacity tu. So, lepas makan malam, solat semua,muhasabah diri balik apa yg x kena, kami decide untuk buat lagu ni - Papinka Masih Mencintainya....haaaa....lagu ni memang tangkap leleh la, yg break up/bercinta mmg boleh nangisssss la punyerrrrrr....jujurnya aku cuma pernah dengar x sampai 5 kali...so lirik pun x hafal lagi. Iman dgn Aiman (member band kami yg 2 org lagi, diorang ni artis bollywood) dh pernah buat cover acoustic version...so kami buat la yg minus one punya version. 

Tup tap tup tap, dekat 2 jam gak la rekod lagu ni (ingat senang ke nak rekod lagu =.=) ,dgn lirik x hafal..dan kantoi byk kali gak a rekod...1 lagi sbb xleh tahan gelak tgk muka kimi yg suka buat lawak time rekod..adoiii spoil..last-last kami 2 dh penat terokkk dah sampai sakit kerongkong bagai, kimi pun baru lega demam...aku? selsema pun x lega-lega dekat 2 minggu T____T. 

Apa-apa pun cubalah dengar cover kami, sebarang komen dan feedback amatlah dialu-alukan =) kami ni bukanlah penyanyi professional pun tapi nilah hobi kami masa lapang hehe...supportlah band kami ABC Ais Kacang Band & enjoy~~

Subscribe Youtube: https://www.youtube.com/user/ABCaisKacang123
Like fb page: https://www.facebook.com/ABCAisKacang
Soundcloud:https: //soundcloud.com/abc_ais_aiskacang_band


Posted on Friday, April 11, 2014 by Farhanboombastic

1 comment

Tuesday 11 March 2014



Assalamualaikum wbt Tuan/ Puan

Salam Sejahtera dari pihak Putra Canselor Carnival 2014: Let's Spread the Message!

Pihak kami ada menyediakan tapak niaga selama 3 hari kepada peniaga dan usahawan yang berminat menyertai Putra Canselor Carnival 2014 : Let's Spread the Message! yang akan diadakan di Kolej Canselor(KC), Universiti Putra Malaysia(UPM).

Program ini terbuka kepada masyarakat setempat dan kami juga menjemput warga IPA/IPTS sekitar Malaysia untuk menghadiri dan memeriahkan lagi suasana PCC 2014.
Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan pada hari karnival seperti:-

Forum Perdana:Prank and Parody
Tazkirah Muzikal:Malam Cinta Rasul (Qasidah/Ceramah)
Acoustic Band Battle:''Spread your Love''
Pertandingan Da'ie Cilik(Bercerita kanak-kanak)
Children Art Attack(Pertandingan mewarna kanak-kanak)
Grand Canselor Rugby Championship
Grand Canselor Takraw Tournament
Alumni Golf Challenge
Putra Canselor Short Video Contest
Aktiviti Berbasikal, UPM Green Tour:Explore the Nature
Canselor Chess Tournament
Malam penutup Putra Canselor Carnival 2014

InshaaAllah, Pelbagai aktiviti tarikan yang lain seperti Soopa Doopa, 'Petting Zoo' , jemputan artis nasyid, vvip dan lain-lain akan turut dijalankan bagi menarik lebih ramai pengunjung dan memeriahkan lagi gerai jualan dan suasana Putra Canselor Carnival 2014.

Lokasi program di Parkir Mahsuri, bersebelahan jalan utama lalu lintas kawasan kolej kediaman, Balai Seni Budaya Kolej Canselor, dan Parkir utama Kolej Canselor yang berdekatan dengan 3 buah kolej lain.

Butiran adalah seperti berikut :

Event : Putra Canselor Carnival 2014 : Let's Spread the Message!
Venue : Kolej Canselor (KC), UPM
Tarikh : 28 Mac - 30 Mac 2014 (3 hari)
Jam: 9 PG - 10 MLM

Saiz tapak:-

Parkir Mahsuri, KC:-
20x10(Makanan)-RM350.00, 3 hari
10x10(Pakaian/dll)-RM250.00, 3 hari

Parkir Utama, KC:-
10x10(Makanan)-RM300.00, 3 hari
10x10(Pakaian/dll)-RM250.00, 3 hari

Balai Seni Budaya, KC:-
10x10(Buku/PC/Elektronik)-RM300.00, 3 hari

Sekiranya tuan/puan berminat sila hubungi Saudari Nasuha/Saudara Firdaus di talian 019-394 1847/017-871 4013 atau emel ke pcc2014letspread@gmail.com untuk pertanyaan lanjut atau tempahan tapak sewaan.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Unit Gerai Jualan dan Galeri PCC 2014:Let's Spread the Message!
Nasuha/Firdaus.
019-394 1847/017-871 4013
Emel: pcc2014letspread@gmail.com



















So guys, amacam? kalau berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti silalah hubungi nombor telefon pengurus aktiviti masing-masing! Mohon sebarkanlah ye, insha allah kalau nak join gitau, jemput semua dtg ke UPM bagi memeriahkan lagi karnival ini!

Posted on Tuesday, March 11, 2014 by Farhanboombastic

1 comment

Monday 10 February 2014









Assalamualaikum & selamat sejahtera kengkawannnn =D

Lagi 2 hari lagi bakal bermulanya acara renang yang aku masuk untuk Sukan IPT 2014. Perasaan? Perasaan aku sebenarnya banyak. Letih tu jangan cakap la...mcm2 kena settle sblum nak gi lawan ni. Cuti pun apatah lagi, 5-6 hari je untuk sepanjang cuti sem, balik sambut Chinese New Year and gi kenduri kawin member time asasi uitm dulu, pastu tup tap dah balik UPM. 

Sebenarnya, aku taklah gemuruh atau cuak sangat nak bertanding balik, sebab target aku untuk temasya sukan kali ni, aku cuma nak dapat balik 'feel' atau 'rentak' untuk masuk balik acara renang. Dah 3 tahun tak training & tak masuk mana-mana pertandingan renang langsung ni! Busy study je memanjang (kononnya) Aku anggap Sukipt 2014 ni sebagai platform permulaan aku, by the way, aku berenang pada asalnya hanya untuk kesihatan tubuh badan, bukan aim nak jadi atlit professional atau wakil di peringkat yang lebih tinggi. Tapi disebabkan time sekolah dulu aku dah main sampai peringkat negeri (MSSK) dan berjaya mendapat 2 butir pingat gangsa, and juga beberapa pertandingan terbuka yg lain yg aku turut berjaya mendapat pingat. So, memang tak dinafikan yang aku rasa pelik sikit dengan target aku...dulu kalau aku masuk pertandingan renang, motivasi aku untuk dapatkan pingat sangatlah tinggi. Memang aku train bersungguh-sungguh. Mungkin sebab faktornya, untuk Sukipt kali ni aku tak ada teammates yang train dengan aku. So, aku pergi training sesorang, tak feel...takde orang nak challenge untuk aku improve. Kalau time training dulu, budak-budak sekolah rendah pun power, kalau rilex sikit dah kena potong..malu woiiii! Lagi satu, aku takde coach. Jurulatih ni penting...memang key faktor untuk seorang atlit mencapai kejayaan. Memang aku pernah jadi part time coach tapi kalau dah jadi atlit balik, aku still kena ada someone untuk guide and disiplinkan diri aku. Memang ikut gerak hati aku, kalau aku berjaya masuk final pun dah kira okay....hmmm okay.

Memang aku dah nekad, aku nak main balik sukan, lagi berbaki beberapa sem ni kt UPM insha allah, aku nak train betul-betul. Ramai kengkawan yang kasi support kat aku, terima kasih aku ucapkan, tapi aku tahu mana kemampuan aku. Anyway aku akan cuba yang terbaik, kalau nak pingat tu mungkin payah sikit, dengan stamina yang memang dah lama menghilang. Kalau ikutkan best timing yang aku pernah buat dulu time form 5, insha allah aku berani jamin yang aku boleh dpt pingat untuk Sukipt, tapi buat masa sekarang, aku tak berani jamin. Aku pun cuma ambil 2 acara, iaitu 50 meter breaststroke dengan 50 meter freestyle. Kalau zaman kegemilangan dulu, selalunya masuk 5 hingga 6 acara, bergantung kpd coach aku. kalau coach aku nak aku masuk 6 acara, maka 6 acara lah aku kena bertanding. Disebabkan aku takde coach kali ni, aku secara jujurnya aku tak dapat motivasi yang secukupnya untuk berlatih bersungguh-sungguh.

UPM hanya hantar 5 orang wakil sahaja, 2 perenang lelaki dan  perenang perempuan. Dalam kelima-lima perenang, aku sorang je bukan perenang MSN. So, maybe after this aku nak try cari team renang kat luar untuk train...seriously I need a coach, walaupun ilmu byk tapi aku tetap kena berguru dengan somebody yg lebih berpengalaman. Anyway tq kepada UPM kerana memberi peluang kpd aku untuk Sukipt kali ni. Pasal coach semua tu memang masalah yg tak dapat dielakkan dan aku faham sebab UPM memang tak ada team renang sendiri. Cumanya, aku berpendapat bahawa sukan renang ni macam olahraga, acara dia banyak, kalau UPM ada atlit yang betul-betul hebat dalam semua acara renang, memang comfirm dah boleh sapu berpuluh-puluh pingat daripada sukan renang sahaja. 

Diharapkan agar UPM dapat menubuhkan team renang sendiri kerana benefitnya akan berpanjangan dan atlit-atlit renang boleh menyumbang lebih byk pingat dalam mana-mana temasya sukan kalau diberikan latihan yg secukupnya. Kalau kita nak bergantung kpd atlit MSN, sampai bila? Sebabnya atlit MSN untuk pelapis renang pun tak ramai sebenarnya. Kawan-kawan aku yang dulu masuk pertadingan sini sana semua dah quit pun, masing-masing dah masuk Universiti dah malas dah nak bersukan. Masing-masing dah cuba buat benda baru..yang 6 packs dulu pun dah jadi boroi, kecuali aku la....Mungkin cadangannya sukan interkolej boleh dimasukkan acara renang kerana jika ada platform, insha allah akan ada orang yang cuba mendapatkan peluang yg diberikan =).Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain, kalau diberikan platform nescaya ada orang yang akan mencuba. Ok ,Selamat berjaya semuaaaaa, bye byee


Posted on Monday, February 10, 2014 by Farhanboombastic

7 comments

Friday 31 January 2014

Assalamualaikum & selamat sejahtera kpd semua pembaca blog yang bombastik ini! Sebenarnya takde apa-apa yang boombastik pun nak tulis untuk entri kali ni, cuma nak promote band ABC Ais Kacang sekali lagi lah..hehe. So, selain daripada lagu Najwa Latif ft IamNEETA - Kau Pergi Jua, kami juga telah cover beberapa buah lagu yang lain. So tup tap tup tap, datanglah ilham untuk buat lagu Ajari Aku. Lagu ni sebenarnya memang dah lama dipopularkan oleh sebuah band di Indonesia, and vokalisnya yang bernama Andrian Martadinata yang merupakan orginal singer lagu ni. Banyak orang yang tak tahu yang sebenarnya Anuar Zain menyanyikan lagu ni semula dengan versinya yang tersendiri. Cuba tengok kat bawah ni untuk original version Ajari Aku by Andrian Martadinata versi band:





Ni pulak versi Anuar Zain yang lebih kepada genre balada:





Basically, setiap penyanyi ada gaya, tone and cara nyanyian masing-masing. Bagi pendapat aku, kedua-duanya membawa lagu ini dengan berjaya. So, ceritanya bermula apabila aku ngan Iman jamming pada suatu malam. Ingat nak praktis lagu Pencuri - Mark Adam je...pastu dia cakap dia nak duet ngan aku untuk satu show dinner kat Putrajaya. Mula-mula aku tak comfirm sebab busy dengan program kolej. So, aku cakap no hal, kita try praktis dulu, kalau aku tak jadi pergi, maknanya dia kena solo a buat pesembahan kat Putrajaya malam tu. Jadi, kami decide untuk try lagu Ajari Aku versi akustik. Tapi Iman memang dah hafal kod and dah memang terer dah, so aku terus masuk nyanyi je. Praktis punya praktis, akhirnya boleh la juga master lagu tu pada malam tu juga walaupun ada part yg off key/sumbang sikit dan sebagainya. Lagu pencuri awal-awal lagi dah settle hehe... So lepas 2-3 hari kemudian, lepas weekend, hari Isnin malam tu aku dh comfirm memang free...memang cantik a, so apa lagi, kami pun ON la nak buat show kat Putrajaya. Memang excited tu ada tapi agak penat sebab banyak benda lain kena settle sebelum pergi dengan aman. Aku pun bawak kete aku petang tu, siap-siap gitar, pakaian semua, terus start kete pergi sana lepas solat Magrib. Dalam setengah jam juga kami berpusing-pusing sambil  telefon berkali-kali tanya ahli jawatankuasa yang menganjurkan majlis makan malam tersebut barulah kami sampai destinasi yang ingin ditujui.  Kebetulan pula dinner malam tu dianjurkan khas untuk pelajar Indonesia yang datang dari Institut Pertanian Bogor. Pelajar-pelajar sana datang ke UPM untuk satu lawatan mobiliti. So, awal-awal tu memang lagu Pencuri tu memang Krek krek krek sikit la sebab lagu tu belum femes sampai ke sana. Sekali bila kami sebut lagu yang seterusnya lagu Ajari Aku, terus semua orang bersorak dan bersemangat nak tengok haha. So apa lagi, showmanship and confident level pun UP sikit la. Memang nampak semua orang enjoy siap sing along, nyanyi sekali lagi, terbaik. Kebetulan pula semua pelajar sana Perempuan, lagi cair la agaknya kot...hehe.
Apa-apa pun memang ini suatu pengalaman yang berbedaaa..haa terus tukar slang Indon. Terima kasih diucapkan kepada AJK dinner malam tu sbb kasi ABC Ais Kacang Band gabungan Farhan & Iman (Kimi Jamai tak dapat join sebab dia memang busy tahap artis), siap tersempak dengan senior kolej lagi, tu yang tak boleh blah haha, ingat pergi senyap-senyap takde orang tahu hehe...


Namun, kami terlupa untuk rekod persembahan pada malam tersebut....aduhhhh sayang betul. So, kami ada re-cover lagu ni semula, sekali dengan Kimi Jamai yang Artis UPM tu la.. so cuba la dengar dan tengok cover kami yang tak seberapa ni =) enjoy~



TQ ~~~ See Ya Peeps



Posted on Friday, January 31, 2014 by Farhanboombastic

2 comments


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. So, untuk entri kali ni, aku nak tulis sikitlah pasal kompleks renang kat UPM ni. Ramai orang yang tertanya-tanya & even ada pelajar yang bertahun-tahun kat UPM tapi bila ditanya mana Kolam renang UPM, dijawabnya haaaaa UPM ni ada kolam renang kaaaaa? Jawapannya memang ada, dekat mana? OK, kompleks renang UPM ni terletak berhampiran/berdekatan dengan Fakulti Pengajian Pendidikan & DKAP. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kompleks renang UPM hanya boleh digunakan oleh Pelajar Semasa & Staff-staff yang bekerja di UPM Sahaja. Pelajar yang telah bergraduat ataupun orang luar tidak dibenarkan untuk masuk mahupun brmandi-manda di kolam renang tersebuuuuuutttt. Clear? Ok, jom tengok sedikit gambar-gambar yang telah diambil di sekitar kompleks renang UPM untuk maklumat lebih lanjut.


Pintu Masuk Utama Kompleks Renang UPM


Berikut merupakan Jadual Masa Kolam Renang 



Antara peraturan yang harus dipatuhi





Amaran Keras! Tolong jangan terjun sekali dengan kasut anda, tq




Panjang Kolam 50meter standard Saiz Olimpik

Merokok ternyata membahayakan kesihatan, takut semput renang nanti

















Jangan risau, lupa bawak pelampung, yang ni pun boleh pakai

Nampak tak lantai tu....tu la kawasan paling power, 3.5 meter dalamnya










Berikut merupakan jadual Kompleks Renang UPM (Ada hari/sesi yang hanya lelaki/perempuan sahaja boleh masuk, ada juga hari/sesi yang kedua-dua jantina boleh masuk sekali)

Sesi
Hari
Lelaki
Perempuan
Masa
PagiIsnin - Ahad8.30 a.m – 10.30 a.m
PetangIsnin3.00 p.m – 6.30 p.m
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
MalamMalam (ditutup bergantung kepada tempahan pengguna)

Lazimnya, kolam akan tutup pada cuti umum, tapi bergantunglah, kadang-kala pada cuti umum pun dia still on. Lagi satu, kalau hujan lebat/ribut/ada kilat, selalunya kolam akan tutup jugak demi keselamatan para pengunjung. Hari Sabtu juga merupakan hari kokurikulum, so untuk minggu/hari yang terdapat aktiviti kokurikulum, kolam renang juga hanya akan dibuka untuk pelajar yang menjalani aktiviti kokurikulum berkredit di situ sahaja (kokurikulum Renang Asas). Lepas habis minggu/hari yang ada koko, barulah pengunjung boleh mengunjungi kolam renang pada hari Sabtu mengikut jadual seperti biasa. Kalau ada event/program/latihan yang nak buat waktu malam, anda juga boleh membuat tempahan untuk menggunakan kolam tersebut.

Untuk kawasan parkir pula sangat luas, so nak bawak berpuluh bijik kereta sekaligus datang renang pun boleh, no hal. Kolam ni standard saiz olimpik, 50 meter panjang. Memang saiz normal untuk pertandingan, siap ada podium untuk terjun. Tempat yang paling dalam dekat kawasan penghujung yang berhampiran dengan papan terjun, kedalaman air kolam mencecah 3.5 meter manakala tempat yang paling cetek lebih kurang 1.2m. Kalau rasa tak mampu 3.5meter tu try yang cetek dulu, janga over excited jumpa kolam terjun sesuka hati je hehe...

Overall, tahap kebersihan kolam ini masih lagi pada tahap yang memuaskan.Cuma, persekitarannya nampak lama/usang disebabkan cat bangunan yang telah luntur. Terdapat beberapa staff/pekerja yang bertugas di situ sepnjang sesi kolam dibuka. Apa yang anda perlu buat sebagai pelajar UPM, anda hanya perlu:

1) Membawa matrik kad (nanti kena kasi staff simpan sebelum masuk, and ambik masa time nk balik& hanya perlu isi nama, masa, no matrik dan tandatangan di borang kehadiran yang telah disediakan

2) Memakai pakaian renang yang sesuai (Baju cotton/baju berwarna/kain tuala/apa-apa jenis pakaian selain pakaian renang tidak dibenarkan untuk menggunakan kolam) /Inner yang beli RM10 kat Downtown tu yang dry fit tu still boleh diterima pakai) Bikini, boxer pun x boleh, for sure.

3) Memakai cap/topi renang (boleh sewa dengan staff sebanyak RM1 untuk setiap satu - tapi lebih baik beli/bawa sendiri sebab terhad)

4) Tiada bayaran dikenakan untuk pelajar/staff UPM


Antara pantang larang di kolam:
1) Tidak dibenarkan untuk berkasut/berselipar di sekitar kolam (perlu letakkan kasut di rak ataupun lantai di bahagian atas tangga yang berjauhan dengan kolam renang

2) Air minuman dan makanan tidak dibenarkan sama sekali

3) Dilarang berlari-lari di sekitar kolam


So, apa tunggu lagi? Ajaklah kengkawan lepak-lepak sambil menyelam minum air kat kompleks renang UPM ni. Jangan sampai grad pun x sampai-sampai lagi kolam ni, so kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun soalan bolehlah tinggalkan mesej anda di ruangan komen di bawah =) Terima Kasih~


Posted on Friday, January 31, 2014 by Farhanboombastic

27 comments