Showing posts with label Kisah Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hidupku. Show all posts

Saturday, 20 July 2013




Salam ~ Guten Tag ! Aloha oh hahahaha ! Hi guys =)

Ok, ramai yang tertanya-tanya...biaq betoi paan sepet ni x pernah ada awek, x pernah nak kapel? mata dah sepet elok dah, takkan la x pernah kot, Tahik Lembu ahhh ~! hmmmm.

Well, tanyalah seberapa banyak sekalipun, memang jawapannya 0...oh kosong kosong. Ok, biar kita berbicara secara ikhlas. Pada pendapat saya, memang dari zaman sekolah lagi, tak dapat nk nafi la ramai la gadis-gadis PANAS, HOT sentap kat sekolah aku dulu. ps* aku sekolah cina dulu. Budak-budak sekolah lain sampai boleh tergila-gilakan aweks aweks kat sekolah aku, famous betol sekolah aku, maklumlah sekolah terbaik. Tapi entahlah, dulu aku tak minat semua ni...bukan tak minat pompuan....bahaya la kalau aku minat bukan pompuan...tskkk, basically I'm not gay la. Time sekolah dulu aku terlalu obses dengan sukan renang, kepala hotak aku memang sentiasa pikir nak training..nak improve top timing..tengok cuaca sama ada nak hujan ke tak, kalau hujan aku sedih la x dapat gi renang....weird gila aku ni, dasar forever alone betul. Pendek kata, aku tak termakan dengan keayuan dan kepanasan gegadis yang ada hahaha -.- . Rasa nak berpunya memang tak dinafikan ada tapi ia berlalu pergi dengan begitu sahaja, tiada inisiatif nak minta nombot tepon ke, nak ngorat ke, nak chat ke...lagi satu masalah aku dari dulu lagi aku payah nak balas mesej orang, bukan apa...secara jujurnya aku bukannya tak peramah tapi orang selalu mesej aku tuk berbual time-time nak tido petang...hmmmm so kadang-kala aku terlambat balas ataupun tak balas langsung, sorry kengkawan T_T


Dah hampir masuk umur 20 tahun, Insha allah kalau diberi kesempatan, memang officially 20 la September nanti. Mulalah tengok kengkawan ada yang dah mula nikah, kawin, bertunang...yang tak berpunya jadi berpunya...lambat-laun nikah la juga diorang ni. 20 tahun single tanpa sorang pun ex memang rekod peribadi la, jarang-jarang ada orang buat rekod camni, budak-budak zaman sekarang time tadika pun ada couple siap janji besar nak kawin bagai...woots woots! Kalau tengok kengkawan aku yang berpunya, aku kadang terpikir gak...hmmm camne la diorang mengorat ni? ...berapa lama diorang leh maintain?...ni serious ke main-main ni? Secara jujurnya persoalan-persoalan sebeginilah yang membuatkan aku rasa tak menentu, tak pasti yang mana pilihan yang baik mahupun yang mana yang buruk. Aku yakin dan pasti ramai di antara kita terlalu cepat membuat keputusan yang kadang-kala akan makan diri kita sendiri. Kadang-kala seseorang tu memang dia memerlukan teman, x boleh dok sorang-sorang, tapi dia sendiri pun x pasti adakah betul pilihan dia nak get into a relationship ni. RELATIONSHIP YER, bukan relay relay, yang aku paham relay tu relay yang berenang la acara berganti-ganti, jangan nak jadi perosak bahasa please ~! tak baik time bulan-bulan posa ni.





For me, having a relationship is like you have a vital responsibility towards it. It's easier to get into a relationship with someone, nevertheless in order to protect it or to maintain it, you might face tons of difficulties and obstacles.
Jadi, aku tak yakin yang aku boleh maintain relationship jika ikatan yang halal tidak ada dan tidak dipersetujui. Tanpa ikatan yang sah, makna tanggungjawab akan menjadi sia-sia. Aku lebih selesa berkawan, sudah pasti ada batasannya, agar dengan adanya kawan boleh kita pong pang pong pang, share itu ini, keluar makan sesama sampai bila-bila. Cuba bayangkan, kalau time korang couple, couple pulak dengan classmate ke coursemate sendiri...pastu break up, then bila ada reunion nanti ke, kerja nanti ke, tua esok nanti ke asyik terfikir je kisah lama, kalau terjumpa lagi la teringat-ingat, unless kita dah jumpa another better person tuk kawin. Justeru, walaupun hanya dengan panggilan sekadar couple pun, aku masih berpendapat relationship tersebut adalah suatu tanggungjawab yang besar, sebab kita ni bukan bercinta dengan boneka, kita bercinta dengan anak orang lain. Hmmm susah payah parents orang lain besarkan anak mereka, kita senang-senang je tanpa segan silu nak have fun masa couple. Couple tu bahaya la, boleh mendatangkan maksiat...kita bersembang-sembang pun boleh jadi benda lain nanti....Ya Allah, harap-harap la aku tak diuji dengan melakukan kemungkaran sebegini....aku pun manusia biasa, rasa takut rasa risau tu memang ada.

Memang kalau nk diikutkan dengan ajaran dan cara yang ditetapkan oleh Islam, kita patut merisik, cari yang betul-betul bagus, pastu nikah dan bercinta lepas bernikah. Tapi buat zaman sekarang agak susah sebab semua orang pun macam open-minded sangat...itulah bahayanya. Kita nak bernikah dengan orang yang x kenal pun kita risau dan tidak pasti dengan sejarah silamnya sebab anak-anak muda sekarang terlalu bebas...tak kira la Melayu ke Cina ke India ke semuanya sama.

Aku akan diuji dengan kata-kata aku sendiri, tapi inilah pandangan aku terhadap menatang alah ni. Plan aku simple je, kalau yang mana tu jodoh aku, sesuai, and rasa okay, aku ada duit dan pekerjaan semua, insha allah, terus aku nak nikah jer. Kenal-kenal, risik-risik dulu dalam beberapa bulan pun dah okay, unless yang dah kenal lama tu lagi la bagus lah =D Tak kisah la bangsa mana kaum mana, aku okay je mana-mana wahahaha =.=...sebab kita patut buangkan pemikiran jumud kita khususnya orang Melayu Islam...kan bagus kalau kita dapat mengislamkan kaum lain, x gitu? Rasanya sampai di sini saja tuk post kali ni, assalamualaikum and see you in the future lah !



Posted on Saturday, July 20, 2013 by Farhanboombastic

5 comments

Friday, 19 July 2013

Sambungan daripada part I.....

Acara kedua adalah gaya dada, jangan salah faham, renangan ni bukan guna dada tuk renang...jangan jadi terlampau kreatif ye. Renangan ini orang selalu panggil renangan katak, dia nk macam katak sikit...bezanya bila di peringkat yang lebih kompetitif, panggilan gaya dada lebih relevan digunakan. Acara ini acara feveret aku lah kiranya, tak tau la sama ada dulu termakan berudu ke apa, renangan katak aku memang katak pun kalah, dah pernah try kat lopak air yang ada katak kat rumah aku. Kali ni memang aku berazam nak kalahkan brader stretching tadi, tak mungkin aku akan kalah tuk acara ni....

Acara gaya dada 100m bakal dimulakan, dengan azam yang lebih tinggi, memang agak impossible untuk orang yang tiada 6 packs untuk bertarung dgn orang yang ada 6 packs...tapi belum cuba belum tahu, kita tunggu dan lihat sahajer. Wisel sekali lagi ditiup dengan kuat dan jelas menandakan acara ini bermula secara official. Stop watch ditekan butangnya oleh penjaga masa....tak kisahlah pasal masa, nak menang brader tu jerk. Puas aku tendang, puas aku kayuh, puas aku renang sampai terminum-minum air kolam yang manis cam sirap tu...akhirnya...akhirnya...AKHIRNYA...jeng jeng jeng, aku tak tewas, namun aku berjaya menewaskan brader tadi dengan jarak yang agak jauh. hahahahahahahaha*evil laugh. Time tu terasa macho dan power habislah sebab dapat nombor satu kat daerah tersebut. Tapi still kontrol la macho tu..kalau tak kontrol, takut terlebih macho, susahlah nanti....hmm

Jadi, tuk acara-acara lain, aku ringkaskan sajalah..overall daripada 5 acara, aku berjaya dapat 3 emas, 2 perak haha dan akhirnya aku sendiri menobatkan diri sebagai perenang terpower di daerah aku...kalau ikut bilangan pingat la haha. Tapi disebabkan tiada bajet yang mencukupi maka pertandingan ini tidak memberi pingat kepada para pemenang..hanya sijil penyertaan sahaja...hmmm rugiii betol, start drpd 2011 pingat dah pun mula diberi kpd para pemenang...hmmm kalau tak memang aku nak sapu semua acaralah.

Maka tamatlah semua acara pada tengahari hari tersebut. Tukar balik ke pakaian seragam sekolah (aku sorang je pakai camtu haizzz)...tengah leka bersembang dengan kawan, cikgu ni tegur aku " weiii Farhan, zip seluar tak zip betul-betul tu" arghhhh sudah semua orang kat kompleks sukan gelak kat aku......jatuh saham habis-habisan punya wa cakap lu. Berpeluh-peluh bai, cuak dan malu punya pasal...pathetic betul, tsk....! Try dok zip balik depan-depan public....masha allah....zip rosak, memang terbaekkkkkklah. Bertambah cuak la aku ni, yang kawan-kawan reti gelak je..haiya apa pon tak boleh maa. Try la zip balik sampai masuk ke dalam bas pun tak settle-settle lagi...payah hidup camni. Dah putus asa, last-last kali ambil beg tutup cover, tidur dulu dalam bas. Terjaga tengah perjalanan...try try...alhamdulilah dah tak sangkut dah...hoyearghhhh !

Masih ada sejam sebelum balik dari sekolah, aku pun masuk la ke dalam kelas balik. Cikgu sedang mengajar time tu, waktu fizik pulak.....adoi...tapi nasib baik la cikgu tersebut murah hati dia suruh tido ja kat belakang kelas tu hahahaha. Cantik la cikgu, terima kasih =)




Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

1 comment

Kisah hidup aku memang tidak dapat dipisahkan lagi dengan aktiviti renang. Setelah bergelar sebagai salah seorang wakil renang di daerah tempat tinggal aku pada suatu ketika dahulu, aku masih bergiat dalam aktiviti tersebut walaupun sudah hampir 3 tahun aku tidak bertanding dalam mana-mana pertandingan renang. Namun begitu, aku masih lagi 'fit' and 'steady' seperti dahulu, malahan lebih kacak berbanding dahulu sebenarnya...hmmmm....tidak dapat dinafikan lagi.

Sudah pasti ada pengalamanku yang tidak dapatku lupakan sampai bila-bila masa pun. Dahulunya adoiyainyer pun, aku masih teringat betapa sukarnya untuk aku menghabiskan renangan jarak sepanjang 50 meter...bukan main letih tercungap-cungap apabila sampai ke penamatnya. 

Baiklah, kali biar aku cerita sikit tentang pengalaman pertama kali aku sertai pertandingan renang peringkat daerah semasa aku form 4,  umur masa tu 16 tahun, masih muda dan bergaya. (agak lambat untuk aku sebab kebiasaannya perenang wakil negeri/negara telah start berlatih sejak kecil lagi) Dengan memakai goggle, tidak mustahil orang lain tidak nampak mata sepet aku. (merapu dah) Beberapa minggu sebelum pertandingan, biasanya orang lain dah giat menjalani latihan dan sedang membuat persiapan akhir...tapi aku pula, dalam 3 minggu camtu...training baru 3 hari, itupun waktu cuti, biasanya main game saja kat rumah, adoi tak ada life langsung. Mungkin aku tidak tahu kemampuan perenang-perenang lain kerana dekat kolam yang aku selalu berlatih, kesemuanya lambat-lambat belaka, pejam mata pun dah menang walaupun memang sepet sentiasa terpejam mungkin aku terlalu angkuh kerana menganggap pertandingan yang akan datang ni pun tiada pesaing buat diriku....cewah ayat...

Waktu pertandingan renang tersebut jatuh tepat pada hari Ahad, dan aku masih lagi perlu ke sekolah pada pagi itu. Jadi, tanpa berfikir panjang, aku pun pakailah seragam sekolah, full set la. Setelah kemas semua buku-buku mengikut jadual kelas, aku pun masukkan seluar renang aku dan goggle aku ke dalam plastik. Lepas itu, ayah aku hantar ke sekolah. Perghhlamak, sampai-sampai saja..memang tepuk dahi la aku. Orang lain pakai baju PJ la ..pungkur betol.
Cikgu pun tanya apa pasai pakai ini maciam haiyaa....hancuss saham aku, baru nak bajet ensem. Apa-apa pun, aku teruskan perjuangan, tanpa mengaku kalah walaupun dugaan pada pagi itu amat memilukan dan memalukan. Lepas sejam menunggu di depan pintu sekolah, maka semua perenang wakil sekolah aku pun naik la bas yang disediakan.

---------------------------------------------------30 minit berlalu-------------------------------------------------------

Arghhhh ! sampai pun akhirnya, cayalah beb! berdebar-debar bunyi jantungku, cuak dan at the same time, excited. Gelanggang pertarungan adalah bertempat di Aimst University, sebuah universiti yang dibawah naungan MIC, Barisan Nasional. Universiti ini dekat dengan Merbok, menawarkan pelbagai kursus pada pelbagai peringkat termasuklah asasi, diploma, degree dan sebagainya serta universiti ini lebih cenderung kepada bidang perubatan. Sesudah sampai kat depan pintu kompleks sukan universiti tersebut, ternampaklah beberapa wakil dari sekolah lain, misalnya SMK Ibrahim dan MRSM Merbok. Nak hayam...ada sorang wakil ni perghh dok stretching dah, mengeliat sini sana...sambil tunjuk 6 packs dia...meleleh ayaq mataku tgk, tgk yang sendiri punya 1 pack jer (gabungan 6 packs).. yg pompuan jgn dok bayang la, aurat. Lagi gabra perasaanku, ketaq lutut pun ada...atlit atlit camnikah yang aku kena bertarung nanti? 

Lepas setengah jam lagi, dah dekat pukul 9++pagi, semua wakil pun dah sampai...baru pintu kompleks sukan tu buka. Disebabkan aku adalah di antara yang paling senior kat sana, maka aku telah diarah oleh guru untuk lead stretching....bantai ja. Ok, sepanjang aku dok sana perkara yang paling menyakitkan hati adalah ....Psycho. Semua atlit suka pandang-pandang, jeling-jeling...bukan apa, nak psycho konon haha. Aku dulu takut sikit, aku selalu elak pandangan orang lain. Tapi, memang ni lumrah pertandingan sukan renang, suka saiko menyaiko macam taiko jual teko...payah betol. Aku baik, walaupun hebat tapi tak pernah pun nak psycho-pyscho ni...hmmmm. krek. 

Jadi, pertandingan pun bermula. Berdebar-debar menunggu nama dipanggil untuk membuat persediaan sebelum acara yang disertai dimulakan. Bunyi tiupan wisel menandakan anda boleh terbang ke langit, dan terjun kembali secara menjunam ke dalam kolam dengan bunyian splashh...apa yang aku merapu ni. 

"Lorong 6, Muhammad Syafiq Farhan Boo dari SMJK Sin Min "(bukan lorong lorong bapuk ke pondan nah...ni lorong maksudnya lane ke 6) dengan bangganya aku angkat tangan menandakan akulah peserta tersebut.

Tengok-tengok sebelah...adoiyai...brother yang stretching kemaih tadi....pi dah aku hari ini. Acara ini adalah acara gaya bebas 100meter.Gaya bebas ni bebas la nak renang apa pun, nk buat stail itik ke, ayam ke, anjing ke, dugong ke terpulanglah...kreativiti masing-masing. Piiiiiiiiiiiittttttttttttttttttttttttttt !! Wisel ditiup dengan kuatyer hadoiyainyer pon dan aku pun gelabah entah macam mana aku terjun macam katak , Paaammmmm (bunyi terjun ke dalam kolam, cam kereta eksiden pun ada) ..maka gigihlah aku kayuh diri aku dengan sepasang tangan dan sepasang kakiku ni..kelam kabut jadinya. Andddddd, the result isssss......first time aku rasa defeat....perghh haha, rasa tewas...kekalahan, x best ...nak kejar pun tak mampu...total defeat beb! dapat no 2 ja...kalah kat brother stretching tadi..bukan calang-calang 6 packs dia, memang nampak la bukti dia gigih berlatih kat situ...hmmmm

Bersambung part 2...............................

Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

1 comment

Sunday, 24 June 2012

[Ubat selsema]

Ubat ni agak power bagiku sebab dia memang bagi aku 'high'...bagi aku rasa tinggi dalam bahasa melayu...tinggi? hmm aku memang tinggi pun, nak buat macam mana kan? Sorrylah yang tak cukup high tu...maksud saya high sebab ubat la kan..hmmm...err...ya....

'High' ataupun 'Tinggi' di sini bukan bererti aku tengah berkhayal dalam alam fantasi macam mat pit, mat ganja yang sibuk bermanja-manjaan dengan 'awek' mereka, sebaliknya....aku berasa Mengantuk yang amat sangat....pening, terasa fikiran melepas jauh sampai ke planet lain....huyung hayang...lemah-longlai...laici-langsat...dan macam-macam lagi.

Dah dekat dua hari aku berfantasi dalam mimpi-mimpi indah aku...sampai termimpi yang mata aku ni jadi lebih bulat dan besar. Namun, apabila terbangun daripada alam khayalan tersebut, aku dapati mata aku memang dah cukup cantik dan molek dah, agungnya ciptaan Tuhan. Syukur !

Di samping itu, dah dekat dua hari juga mat mat handsome, cowo cowo ganteng daripada Kelantan 2 orang...dengan sorang mamat gitar yang tinggal kat Sungai Petani lepak kat rumah aku. Mereka ni bakal group baru yang akan menyertai raja lawak musim hadapan dan memang dah COMFIRM juara ya. Mereka ni memang berlagak la, bajet power dan bajet handsome...walaupun aku tahu aku lebih.....err.. So, bergurau senda sampai effect ubat aku pun hampir hilang...tapi still aku mengantuk yang amat sangat...aduh power betul effect ubat ni....mengantuk aku...

Ok...sampai di sini saja ya sebab....aku...sebenarnya tengah tidur sambil tulis post ni....adoi...hebatnya...tepuk sikit...krohhhhhhh....salam...bye.

*kepada anda di luar sana, berhati-hatilah dengan musim jerebu sekarang ini kerana jika anda cuai ataupun tersilap langkah, mata anda akan menjadi sepet seperti saya.





Jagalah kesihatan anda, perasaan anda....
love story anda..eh merapu dah .. kerana kadang-kala, 
bukan setiap penyakit ada penawarnya.











Posted on Sunday, June 24, 2012 by Farhanboombastic

No comments

Wednesday, 20 June 2012

Sudah berbulan-bulan dan berbulu-bulu tinggal kat rumah setelah tamat pengajian kursus Asasi di UiTM. Tidak dapat disangkal lagi, kebosanan diri telah mencapai tahap maksima. Tanpa kawan-kawanku yang nakal (macam aku baik sangat) di UiTM dan juga rakan-rakan sekolah menengah, tidak mustahil aku bagaikan mayat hidup yang tidak mempunyai apa-apa tujuan hidup buat seketika ini. Dulu, bolehlah juga nak fight GPA bagai, markah test ni test tu..nak ready presentation kasi highest marks dalam kelas. Sekarang ni, memang makan, tidor, main game, sembang dengan awek (eh bajet ada awek) , cakap dengan dinding(wall), minum air kolam dan bernafas saja kerja aku.

Balik kat rumah, boleh katakan aku duduk kat rumah saja sepanjang hari. Mak aku siap cakap ni anak dara ka apa...? LOL. Kebiasaannya, memang remaja-remaja berusia macam aku ni suka hang out, aku pun suka juga tapi masalahnya semua kawan-kawan aku dah blah. Semua duduk jauh-jauh pula kalau yang free tu, yang duduk dekat semua dah sambung belajar. So, tinggal la aku sorang-sorang kat sini sambil menyanyikan lagu jiwang menyendiri seperti Sendiri daripada kumpulan May. Pastu, ada orang cakap, apa pasal tak cari KIMI tu...adoi Kimi tu asyik sibuk berdating dengan gitar dia sekarang..pastu bila ajak hang out selalu bagi alasan sibuk, memang sah nak kena belasah lepas ni sebab dia bajet dia hot stuffs sibuk sini sana kalah artis.

Boleh dikatakan kalau masa kat Melaka tu, tiap-tiap hari minggu pi main bowling. Kalau main pun agak bosan la sebab Aiman (dia dah sah juara raja lawak musim akan datang) tak bagi cabaran langsung. Aku baling ja strike...baling lagi strike, memang agak bosan la....dia baling ja bola tu, memang tolong mak cik cleaner cuci longkang lane bowling tu. Sekarang ni, bola bowling tu pun dah naik bulu macam buah rambutan sebab aku dah lama tak pegang dia...eh? Ok, pastu dekat 2-3 bulan tak main, main la dekat Singapura dengan geng-geng sekolah ni , ada la 4 orang laki-laki, kami pi buat rombongan orang bujang senang kat sana. Main punya main, baling bola bowling tu punya sakan, akhirnya dapat la juga nombor satu....dari belakang la...adesss. Ni la akibatnya tak main lama, habis skill skill baling, baling bola bowling macam baling bola keranjang.

Bosan tahap maksima.Itu saja yang dapat saya ungkapkan. Sejak bulan 3, sampailah sekarang, aku baru tengok wayang sekali. 3..4...5....6...ok dekat 4 bulan la. Pastu, bowling ada dalam 2-3 kali kot main. McD, kalau masa kat Melaka...selalu makan gak la...balik-balik ni baru sekali makan. Ni lah kehidupan anak tunggal yang bagaikan anak dara yang senantiasa bertandang di rumah...anak dara sekarang pun tak duduk rumah dah. Dah la xdak awek, anak tunggal pula, kawan pun semua macam Kimi dengan Aiman, xmau kawan dengan aku sebab  mata aku sepet sikit...so apa boleh buat, memang sah sah aku termasuk dalam kategori forever alone...bukan forever available aaaa.....

Apa-apa pun, saja nak update blog bagi cukup kuota 1 hari 1 post, 1 Malaysia! tiba*...so chow dulu, goodbye dan salam =)





*Aku pun macam nak menangis cam dia ah...T.T

Posted on Wednesday, June 20, 2012 by Farhanboombastic

No comments

Tuesday, 19 June 2012

Salam sejahtera kepada semua pengikut-pengikut setia saya (macam ada kumpulan gangster pulak), hali ini sememangnyer hali yang amatlah begitu keindahannyer ini pun. Selalunyer, awan sedikit sahaje di langit, hali ini ada lebih manyiak sikit compared to yesterday. Oleh itu, hali ini keindahannyer melebihi sedikit daripada hali-hali biasa.Ok, kita cakiap BM elok-elok selepas ini.


*kalau siapa-siapa yang tak tahu lagu Sesal Mendua..haaa ni lah dia...agak Catchy. =)




Tajuk post ini bertajuk pasal sesal berdua, dan bukannya Sesal Mendua iaitu sebuah lagu dan single baru daripada kumpulan Klangit. Pada hari ahad yang lalu, aku dengan seorang sahabatku yang bernama Kimi Jamai, yang sememangnya berlagak sebab dah ada Mac Book, dah pandai main gitar sekarang ni, dah ada awek dan aku meluat gila kat dia... Ok just kidding, harap-harap dia tak marah aku la...sebab kalau dia marah memang aku belasah dia balik.

K,sambung balik ayat tadi sebab tergantung, kami ni plan la nak buat cover lagu untuk page youtube kami, memang dah berhabuk sebab dah berkurun lamanya tak update. Semuanya salah Kimi dan Aiman sebab mereka suara sedap tak mau pulak nyanyi...aku yang suara macam ayam berkokok kokokokokokok ni boleh buat apa sangat....kan? Jadi, aku cadanglah lagu Sesal Mendua daripada kumpulan Klangit tu sehari sebelum hari pertemuan, sebab memang lagu tu tengah panas sekarang, macam hotstuffs la katakan. Kimi pun setuju, dia nak main gitar, dia cakap dia terer nak mampuih main gitar sekarang ni..bab nyanyian ni dia dah tak pandang dah. Kalau diikutkan prestasi dia, mungkin Sungha Jung pun boleh terancam, jari dia perghh...main laju sampai tak tertekan tali gitar tu, bunyi pun tak sempat nk keluar. Jadi, Kimi pun cakap oklah, dia tak sabar nak tunjuk kehebatan dia main lagu Sesal Mendua tu. Aku pun praktis la sikit-sikit..melalak kat rumah sampai pening mak pak aku.

Hari yang ditunggu-tunggukan telah tiba. Aku pun keluarlah rumah aku dengan Si Hitam aku (kereta Saga Hitam) tepat pada pukul 12.30 tengahari, on the way ke rumah Kimi, aku baru perasan yang aku lupa bawa telefon bimbit aku...arghhh sudah..cam mana nak rekod cover lagu nanti, nak patah balik pun aku tak bawa kunci, rumah pula terkunci dan parents aku dah keluar awal-awal lagi. Tanpa berfikir panjang lagi, aku meneruskan perjalananku ke rumah  kawan artis aku tu. Dengan gaya seperti Adam Lambert sebab mak aku suruh pakai celak ikut sunnah Rasulullah, aku pun try la pakai...pedih sungguh mata aku...mungkin orang pandang aku macam budak emo gothic semacam..dahla muka macam cina ,korea. Manakala kimi menyarung topinya kat kepala hotak dia macam budak menari hip hop, dengan sebelah tangannya yang memegang erat gitar berwarna-warni kesayangan beliau dengan bangganya menganggap dirinya seperti seorang ahli muzik profesional ataupun....artis hotstuff yang panas sehinggakan auranya dapat memanaskan badanku sehingga berpeluh-peluh...hebat,telalu hebat.

Maka, setelah manjamu selera dan menunaikan solat Zohor di tempat biasa, iaitu di Tesco SP Selatan, kami pun bergerak untuk ke destinasi seterusnya, iaitu Taman Jubli Perak. Tepat pada pukul 3.30 sampai dekat situ, kelihatan ramai gila kapel-kapel yang berdating, tidak kurang juga budak-budak yang giat bermain kat taman permainan tu. Memang feel la kat sana, angin pun sejuk, redup pula sebab pokok-pokok besar yang berusia banyak...kami pun apa lagi, buat muka Dunno la sambil pegang gitar berjalan-jalan nak cari port yang sesuai untuk kami berlatih dan rekod lagu kat situ, memang penuh dengan jelingan orang ramai ditujukan kepada kami, buat muka tebal gila. Pencarian port yang sesuai diteruskan,malangnya kami rasa agak kecewa dan terkilan dengan sikap-sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab berdua-duaan (macam ayat dalam newspaper betul) di SETIAP pondak yang kami cari. Last-last kami bertandang saja kat bawah pokok yang agak besar...dengan aku pula tak perasan hampir-hampir saja nak terpijak tahi anjing...patut bau semacam kat situ. 

Kami teruskan usaha kami dengan harapan dapat menyiapkan lagu tersebut pada hari itu juga. Kimi pun goreng la gitar dia, aku pun nyanyi tak kira orang dah. Praktis-praktis sampai pukul 4 lebih...tak jadi-jadi lagi, off tune la, lirik tak hafal la, kimi pula goreng gitar terlampau hebat sampai tak masuk suara aku. Praktis-praktis lagi, kami pun membuat keputusan untuk rekod dalam kereta supaya kualiti bunyi dia lebih bagus dan enak didengar. Nasib baiklah Kimi ada bawa Mac Book dia, bolehlah guna laptop tu rekod....selalunya kami guna iphone untuk rekod. Kami pun simpan semua barang-brang kami... bersedialah nak kembali ke Si Hitam.

On the way jalan kat Taman Jubli tu, dua orang mamat berumur 20-an memanggil kami dari jauh. Kimi dah mula buat muka cuak dia dah, aku pun ikutlah pergi. Salam-salam dengan abang-abang tersebut, dia pun minta la gitar kami, tanya harga la, beli kat mana la...Kimi sah-sah muka cuak hahaha. Aku pun relaks la..dalam hati bermonolog takkan la mamat dua orang ni nak rompak gitar kami =.= ..., lagipun situ ramai gila orang tengah bersantai. Aku pun sembang la dengan abang-abang tu...tanya soalan-soalan merapu..saja nak memperbaiki keadaan supaya tidak terlalu janggal. 2-2 gitar termasuk yang aku punya dan kimi punya kat tangan kedua-dua abang tersebut. Salah seorang daripadanya mula memetik gitar Kimi dengan lancarnya, plucking dia memang tahap pro..pastu dia tolong tunekan kedua-dua gitar...sembang-sembang sambil tengok dia main..dah habis dekat 30 minit kat situ...dalam hati kami..adoi bilalah nak siap cover kami...time dekat nak balik pula jadi camni. Pastu abang-abang tu tanya kami nak balik dah ka? Aku ni siap boleh jawab " eh xpa ehh lepak-lepak dulu", Kimi macam tak puas hati dengan aku pasal tu hahaha. Pastu tengok raut wajah kami yang dekat nak menangis sebab tak boleh balik, abang-abang tu pun bagi balik gitar kami, salam apa semua, apa lagi, chow la!

Sampai dekat kereta, kami pun start engine pergi cari port yang lebih 'sunyi'..amboi..kedengaran cam kapel-kapel nak gi buat maksiat pun ada. Pusing-pusing area perumahan dekat situ, jumpalah port yang sesuai. Depan rumah orang pula tu, tapi dah tiada orang tinggal dekat situ, manakala tak jauh dari situ dekat sebelah kirinya pula adalah sebuah surau. Kami pun mulalah rekod dengan Mac Book si artis ni. Kantoi sini..kantoi situ...part ni tak masuk...sumbang..bukan sumbang mahram ya...pastu last-last tak jadi, dengan erti kata lain, kami failed la buat cover lagu ni...padahal lagu Sesal Mendua ni simple saja. Aku ni masalah lupa lirik memanjang..adoi..menyesal betul aku tak praktis elok-elok sebelum buat cover ni. Pastu kami memang dah nekad macam mana pun lagu ni mesti siap, janji kena balik praktis elok-elok la.

So, memang kami menyesal la..sikit la..hehe, tak jadi Sesal Mendua, Sesal Berdua pun jadilah. Apa-apa pun, stay tune sebab nanti Aiman yang kerek, yang bajet lawa tu pun nak datang rumah aku kat SP, boleh la ABC Ais Kacang buat reunion, buat cover lagu sikit-sikit. Jadi ini saja cerita pengalaman kami nak rekod lagu, memang nak rekod sebuah lagu memang susah gila....berjam-jam kena praktis sebelum betul-betul mahir untuk menyanyikan sebuah lagu. 

Dalam kulit kacang (in a nutshell), itu saja looo yang saya mahu penyampaian dekat sini. Mohon maaf jika tatasusila saya silap...eh tatabahasa saya...aiyo...kalau cikgu BM saya kelihatan ini...habislah saya. Ok, salam dan byebye =D !

*Agak-agak kalau Kimi main gitar ni aku patut 
                      belasah dia tak?




Posted on Tuesday, June 19, 2012 by Farhanboombastic

6 comments

Sunday, 17 June 2012




BAJI- Ayah Ibu Anak (AIA)
Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra

Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan aman ibu di sisi
Wahai intan seluruh raga


Hadirmu membawa seribu warna


Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa


Pertama sekali, lagu ni memang lagu kegemaran aku, sampaikan roommate aku kat kolej, kawan-kawan yang tumpang kereta aku nak pergi kelas tiap-tiap hari  memang naik muak, naik bulu roma, naik rambut, bulu hidung dan naik segala-galanyalah apabila dengar lagu ni. 

RA RA RE RA RE RA ~~~~~~~~! Macamlah aku ada awek nama si Eira, Ira, Syahira,Rafidah ke, Raft...(rakit? LOL)

Lagu ini menjadi inspirasi aku, and at the same time, aku seakan-akan dapat melepaskan feeling 'rindu' dan 'homesick' aku dengan mendengar sambil menyanyi lagu ni. Maklumlah, aku kan anak tunggal, parent aku cakap tanpa aku kat rumah memang rumah sunyi sepi la...kalau ada aku macam nak roboh rumah bising melalak setiap masa...kalau orang datang melawat rumah...cehh kontrol ja macho, buat cool senyap-senyap boleh, sopan santun tahap waiter kat hotel 5 bintang.


 Tu baru sorang...dah pening dah parent aku...macam manalah agak-agak kehidupan kawan-kawanku yang ramai adik-beradik, pulak tu tambah dengan awek la boypren yang busyuk-busyuk tak mandi sploh hari tu ala sayang-sayang tu hehe.

Lagu ni lirik dia simple tapi maksud dia mendalam. Lagu ni memang bunyi dia cam 'kampung' sikit, tapi best, aku suka sangat-sangat. Karaoke lagu ni memang wajib.

Dewasa ini, mai dah ayat karangan spm, ok, memang tidak dapat dinafikan lagi remaja pada zaman ini belajar tak payah cakap la, semua masuk Universiti, Matrikulasi, Asasi, College, Colgate pun ada...pandai-pandai kan. Tapi, apa yang dapat saya perhatikan semasa saya belajar kat U ni, anak-anak muda sekarang terlalu bebas sehinggakan melupakan ibu bapa mereka. Kesian-kesian, belajar pandai-pandai....pastu graduate , mak ayah tanggung duit belanja semua, tapi last-last berpaling tadah, tak balas pun jasa ibu bapa...terus tinggal jauh-jauh daripada mereka Ish ish...asyik-asyik sayang girlfren boyfren...bila nak sayang mak dengan ayah ni? 

Budak-budak sekarang memang pandai belajar, belajar hanya bergantung kepada ilmu dalam buku, tapi ilmu cara-cara nak hidup semakin kurang. Teori lebih banyak berbanding praktikal. Suruh laki tukar paip air memang tak tau la..tayar pancit kat tengah jalan tau tukar ke?...pompuan disuruh memasak, memang tak la kan, maggi cup pun belum tentu tau buat... aku pun akui benda-benda macam ni aku pun tak reti sangat, sangat mengecewakan.

Berbalik kepada soal ibu bapa, aku yakin aku tak dapat balas SEMUA JASA-JASA baik mereka...comfirm, terlalu banyak ... tapi aku cuba untuk menjadi seorang anak mithali, anak yang soleh, anak yang tak bangkang-bangkang cakap ibu bapa ni. Memang remaja ni berjiwa muda, berderau-derau darah kalau ada benda yang tak kena, bertindak melulu, suka memberontak...banyak sikap-sikap yang menunjukkan sifat impulsif.

Mak aku sendiri cakap dia bersyukur dapat anak macam aku (cehhh bangga sat) hidung kembang, punggung terasa ringan yang amat pulak LOL, sebab aku ni tak suka marah-marah, tak suka merajuk dengan parent, dan jarang keluar lebih-lebih lagi pada waktu malam...dan kalau keluar pun siang hari la, memang pergi berenang, main futsal, bowling...haaa camtu, hidup orang bujang la katakan.

Ayahanda aku pula pernah sendiri cakap terus kat aku dia bangga dapat anak macam aku. 2x happy la...dia cakap aku ni anak yang pandai, UPSR PMR dan ujian-ujian kat sekolah pun bagus la result, cuma memang aku akui, aku tersilap masa form 4 dan form 5, aku tak salahkan siapa-siapa, memang salah aku sebab tak rajin menuntut ilmu, so dalam semua peristiwa hidup aku, aku rasa benda yang paling aku kesal mungkin keputusan SPM la. Tapi aku dah cuba untuk bangkit balik masa Asasi, dan aku janji aku akan buat yang lebih baik masa Degree nanti. Insyaallah, dengan Izin-Nya.

Aku harap aku dapat kekalkan prestasi sebagai anak yang baik untuk kedua-dua ibu bapaku, bukan duit dan wang yang mereka harapkan, hanya kasih sayang yang mereka dahagakan daripada kita. Kalau kita bekerja nanti, sibuk macam mana pun, jenguklah mereka, curahkan kasih kepada mereka seperti mana mereka membelai, mendidik, menyayangi kita pada suatu ketika dahulu. Mereka hanya menunggu masa saja untuk meninggalkan dunia ini...jangan sampai tak sempat nanti menyesal pula.

Akhir kata, saya harap cikgu saya boleh la bagi A+ untuk karangan panjang ni walaupun tatabahasa tunggang-langgang *tiba-tiba.


*Ayah,ibu dan anak patut sentiasa memberikan kasih-sayang 
antara satu-sama lain supaya keluarga menjadi lebih kukuh dan bahagia



*Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, nercaya Tuhan yang Esa akan membalas segala perbuatanmu. =D




Posted on Sunday, June 17, 2012 by Farhanboombastic

1 comment