Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ramai di antara manusia manusia yang tertanya-tanya, camne eh nak bernafas dalam air? hmmm jawapannya memang x boleh nk bernafas dalam air melainkan kita ada insang cam ikan tu ! Apa yang boleh kita lakukan hanyalah mengambil nafas yang secukupnya supaya kita dapat bertahan dengan lebih lama semasa menyelam di dalam air.
Baiklah hari ni cikgu renang yang ohsem ni kasi tips sikit pasal teknik pernafasan yang betul. Anda perlu mengikut beberapa langkah yang penting supaya teknik pernafasan anda betul.
Beberapa kelemahan ataupun masalah yang kebanyakkan orang ramai hadapai adalah:
1) Tercungap-cungap sewaktu berenang
2) Tidak mempunyai nafas yang secukupnya
3) Terlalu penat
4) Lemas
Tanpa orang ramai sedari, pernafasan adalah perkara yang paling penting dan merupakan perkara yang paling prioriti sebelum anda belajar cara-cara untuk terapung dan seterusnya menguasai teknik-teknik renang. Pergilah belajar dengan mana-mana coach ataupun jurulatih renang sekalipun, teknik pernafasan akan menjadi perkara pertama yang anda akan pelajari (selain daripada hal-hal keselamatan seperti melakukan stretching/diperkenalkan alat-alat keselamatan seperti pelampung dan sebagainya/cara pemakaian yang betul ketika melakukan aktiviti dalam air) Hal ini disebabkan dengan adanya teknik pernafasan yang betul, keselamatan anda lebih terjamin dan anda tidak akan mudah penat dan seterusnya lemas semasa berenang.
# 1 NAFAS DIAMBIL (INHALE) DENGAN MENGGUNAKAN MULUT
Baiklah. Apabila kita di alam yang berbeza iaitu alam darat dan juga semasa dalam air, cara pernafasan kita juga akan menjadi berbeza. Jika kita berada di darat, kebiasaannya kita akan mengambil nafas dengan menggunakan hidung kita. Kita tidak akan kerap ternganga/terbuka mulut kita luas-luas semata-mata untuk mengambil nafas bukan? Pelik haha! Tapi, untuk teknik pernafasan yang anda akan gunakan semasa melakukan aktiviti dalam air adalah mengambil nafas(inhale) dengan menggunakan mulut.
- Tarik nafas dan mengambil udara sebanyak mungkin dengan menggunakan mulut anda supaya isi padu udara yang diambil lebih banyak dan tahan lama.
- Tips untuk mengambil nafas yang lebih panjang dan tahan lama adalah dengan mengambil nafas dengan slow dan steady, tidak gelabah ataupun terlalu laju supaya nafas yang diambil tidak hanya memenuhi kapasiti paru-paru, malahan juga kapasiti udara di perut anda. (Perkara ini boleh dikaitkan dengan teknik pernafasan untuk vokal, atau lebih lazimnya disebut sebagai suara perut yang bermaksud mengambil nafas yang panjang dan tahan lama supaya bukan sahaja kapasiti udara paru-paru dipenuhi, malah kapasiti udara perut juga dipenuhi. Jadi vokal yang dilontarkan bukannya hanya menggunakan tekak sahaja, tetapi lebih kepada vokal yang dilontarkan dengan bantuan nafas yang mencukupi)
- Setelah anda berjaya mengambil nafas anda yang panjang dan awesome tersebut, anda perlulah menahan dengan menutupi mulut anda untuk langkah yang seterusnya.
#2 NAFAS DIHEMBUS (EXHALE) DENGAN MENGGUNAKAN HIDUNG
- Sambungan daripada langkah yang terakhir tadi. Setelah anda berjaya mengambil nafas dan menahannya, kini anda perlu belajar cara-cara untuk menghembus nafas anda denga menggunkan hidung anda.
- Jika kita telah menggunakan mulut untuk mengambil nafas, sudah pasti la hidung mancung anda menjadi pilihan pertama untuk anda melepaskan/menghembuskan nafas yang telah diambil
- Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menghembus nafas anda seolah-olah menghembus cecair selsema anda (jika anda selsema disarankan jangan buat hahaha) secara berpanjangan sehinggalah nafas yang telah diambil habis dihembus.
#3 TEKNIK PERNAFASAN - BOBBING
Klik link di atas untuk tengok cara budak tu melakukan bobbing. Apa itu bobbing? Bob the Builder ke? Tak, bobbing adalah salah satu teknik pernafasan untuk anda melakukannya bagi mengelakkan anda terlampau semput/penat semasa berenang. Pernah tak anda lihat setiap kali orang yang renang secara pusingan sampai ke penamat/penghujung kolam, mereka akan ambil nafas ikut mulut, lalu menyelam ke dalam air untuk menghembuskan nafas yang diambil. Well, itulah bobbing. Setelah ambil nafas mengikut mulut, lalu apa yang anda perlu buat adalah menyelam sedikit (hanya kepala anda pun sudah mencukupi/x pernah menyelam sampai ke dasar kolam/ cukup-cukup menutupi hidung anda pun dah okay) , lalu menghembus nafas tersebut mengikut hidung....maka anda dapat lihat banyak buih secara berterusan dalam air). Hembuskan nafas anda dengan laju di dalam air lalu kembali ke permukaan air untuk mengambil nafas dan lakukan bobbing ni secara pantas dan berulang-ulang kali. Nescaya anda akan hilang semput dan penat anda semasa anda berenang.
Tips tambahan:
Pernah tak anda lihat ada orang dia boleh duduk/baring/tidur dekat dasar kolam dengan hati yang tenang dan relax sahaja. Siap bergambar bagai dalam air. Mesti awesome kan! Well, benda ni antara perkara yang paling simple la untuk para perenang untuk melakukannya. So, how are we gonna do it?
Simple, teknik dia lebih kurang macam bobbing, bezanya cuma, anda perlu menyelam seluruh badan dan menghembus nafas secara berterusan sampailah anda berada di dasar kolam. Benda ni sukar untuk dilakukan jika anda tidak mempunyai nafas yang panjang. Pabila anda menyelam, hembuskan nafas anda secara berterusan dan anda akan lihat buih/bubbles yang banyak disebabkan hembusan nafas anda. Jika anda berhenti menghembuskan nafas anda dalam air, maka buih tu pun akan hilang. Anda perlu menghembus nafas anda sehingga anda berada di dasar kolam, setelah anda berada di dasar kolam, anda dah boleh berhenti menghembuskan nafas yang selebihnya supaya anda ada masa untuk berbaring/duduk/buat apa-apa pose untuk keseronokkan diri =_=.
Siap pakai kasut, baju, seluar bagai pun boleh duduk kat dalam kolam. hehe
Akhir kata, jika ada sebarang pertanyaan yang tidak jelas, sila komen di bawah =) Selamat Mencuba !
drop here. kalau orng yang tak reti berenang macam saya ni, memang takde harapan la nak posing dalam air. hehe
ReplyDeleteehhhh boleh belajar bab2 renang ni, masih ada harapan nk posing dlm air ambik gambar post dlm instagram =)!
DeleteHari ni 1st day akak g swimming class, ni la yg akak blajar hri ni...huhu...bestnya sbb dah leh trapung and dah brani sket ngan air...thanks tau wat tips smua ni, sgt2 mmbantu akak tau...
ReplyDeletehaha bagus-bagus ! harap tips2 yg diberi kt blog ni mmbantu ye kak =) usaha lagi nnti mana tau wakil malaysia ke haha
DeleteAssalam Farhan,
ReplyDeleteSy nk minta tolong..
1) sy dh ade basic breaststroke & free style tpi pernafasan sy terok la 15m pun tk lepas takat separuh je pastu selalu terminum air & air msuk hidung
2) sy dh cuba byk kali nk duduk kat lantai kolam (dalam takat pinggang) tpi tak boleh asyik2 timbul asyik2 timbul, nk dive kat dlm kolam pun tk lepas mesti timbul juga..
tolong sy Farhan, dh byk youtube info sy cari kat tenet ni masih tk resolve juga...hehehe
Santi (017-8188028)
Wassalam. Haha ok pasal yg pernafasan tu, stroke tu kena ikut step by step. Yg penting jgn kelam kabut and relaks, baru boleh smpai jarak yg lebih jauh. Timing tu penting (kira dlm hati berapa saat untuk tangan, kaki etc) and kena konsisten. Untuk freestyle selalunya bila nk ambil nafas selalu terlupa untuk kicking, that's why selalu
Deletetenggelam and terminum air. So, masa nk pusing kepala nk ambil nafas, jgn lupa untuk kick!
ok untuk yg nk duduk kt lantai tu, mula2 kena ambil nafas yg pnjang dlu sblum dive masuk dlm air. Gunakan hidung untuk hembus, slow and steady, jgn sekaligus lepaskan semua. Posisi badan kalau boleh terus bersila je kalau nk duduk , badan smpai kepala kena tegak. Once dh lepaskan sedikit demi sedikit udara yg diambil tdi dlm 5-15 saat, then baru boleh duduk :) cuba try dlu hehe
Assalam Farhan!..tq tq..ingat dah tk tngo blog ni...
Deletehehehe..thanks for the feed-back Farhan, mesti sy try tu..
utk freestyle akhirnya sy ble lepas 15m tu..mmg betul la pernafasan tu sgt penting, sy dh dpt tune skill ambi nafas tu, baru sy boleh smpai 15m dan tk minum air dah, 2x sy try tak lepas, 3rd time bru synchronize, sy nk try 15m x 2 laps pla..hehehe alhamdullilah..
Farhan, utk breaststroke pula, mslah sy sekrg kaki sy timbul, msa nk ambil nafas tu kaki sy mesti jongket atas air hehehehe
boleh bayangkan tak mcmna?..sy ble rasa kaki sy sejuk je hehehe...apa mslah sy ye?, asyik timbul je kaki..hehehe
utk yg duduk kat lantai tu, nanti sy cuba kat pool, geram sgt tk bleh dive...
tqsm Farhan...
ok terbaikkk, cuba lagi =)
Deletetuk kick breastroke, make sure posisi seluruh badan betul, baru leh start kicking, cuba tengok post sy mengenai Teknik Renangan - Breast stroke.
2 stroke tu leh dpt dah, cumanye 25m tak lepas lagi smapi half je then smbung blik smpai hujung...ade tips tak..hehehe
Deletehaha sorry lambat reply...maaf sangat2, praktis selalu, tu je tips dia, practice makes perfect. awal2 mmg 25m mcm sukar, tapi bila stroke dah stabil and kukuh, then comfirm boleh pergi jauh and bertahan dgn lebih lama =)
DeleteFarhan, mcmna nk dptkan stamina berenang?, nk smpikan 25m tu rasa nk pecah dada hehehe...perlu jogging juga ke?
DeleteKalau amal teknik ni berapa lama ya kita boleh berada dalam dasar air
Deletenak kick macam mane tu farhan?
ReplyDeletekick stail apa ye? freestyle? breast stroke?
Deletewah tipsnya mantap gan,,
ReplyDeletesaya ga bisa renang alnya, bisa dicoba :)
ya haha, ga apa, coba aja, renang ni bagus =)
DeleteMintak share sikit
ReplyDeleteok bro silakan =)
DeleteMakasih tipsnya gan, bisa aku share sama teman teman ini nantik.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi membaca, semoga memberi manfaat =) kongsilah dgn rakan2!
DeleteMore than one company, or about 60 people Mass Control Denpasar Police officers were deployed to secure the reconstruction Lab Bahasa Murah of the crime scene Engeline murder.
ReplyDeleteBased on observations at the crime scene at Jalan Tuberose No. 26 Denpasar, on Monday, dozens of police arrived at the scene at around 08.30 pm aboard two trucks and on motorcycles.
Denpasar City Police is scheduled to hold a reconstruction starting at 09.00 pm.
Officers are equipped with tools such as the police baton and then do the barricades in front of the residence Margriet who was suspected of murder and neglect Engeline.
Not only members of Dalmas, officers from the Traffic Police Unit also deployed to secure the flow of traffic around the site.
The plan is 60-year-old woman was also presented along with other murder suspects, namely Agus, a former worker at the house.
Meanwhile, Jalan Denpasar Tuberose closed for a while in order to give a smooth reconstruction.
Hundreds of local residents since 07.30 pm already began to pack locations are still curious about the murder case.
Admin buatlah blog pasal cara berenang pulak.
ReplyDeleteAdmin buatlah blog pasal cara berenang pulak.
ReplyDeletememang betul sekali apa yang admin tulis ni..
ReplyDeletesaya masih peringkat awal untuk belajar berenang..
akan selalu melawat disini
hi farhan..
ReplyDeleteakak 1st time attend swim class at KSN Panasonic Shah Alam.. 1st class blajar kicking then teacher said kaki akak x sama... uwaaa... so sad. harap ada explaination how ti kick ye dikkk... pasal bobbling akak dah terror la sikit.. kikii...11/04/2016
makasih buat postinganya bisa di jadikan pedoman buat pemula,,
ReplyDeletesy baru nak belajar berenang , takut excited semua ade..klu dari basic zero agak2 amik mase x nk belajar.tkot coach ajar pon still xpndai..hehe...
ReplyDeleteSblm belajar berenang saya asyik tenggelam je.bila da blajar berenang, da leh back float,nk tenggelam lak da x leh spi bru try skit mnyelam mesti naik permukaan air blik mcm belon.😰
ReplyDeleteStainless Steel Tintments - Titanium Shaft and Handle - Titanium
ReplyDeleteTITIAN nano titanium ionic straightening iron HANDICAP TINTMENTS. TITIAN HANDICAP TINTMENTS. titanium mug TITIAN HANDICAP TINTMENTS. TITIAN HANDICAP TINTMENTS. TITIAN 슬롯 나라 HANDICAP TINTMENTS. TITIAN HANDICAP TINTMENTS. TITIAN HANDICAP TINTMENTS. TITIAN HANDICAP TINTMENTS. TITIAN HANDICAP 2016 ford fusion energi titanium TINTMENTS. mens titanium earrings TITIAN HANDICAP TINTMENTS. TITIAN HANDICAP TINTMENTS.
lu758 www.fakebags2023.ru sh214
ReplyDeleteRespect and that i have a keen give: Is It Good To Buy Old House And Renovate victorian house remodel
ReplyDelete