Thursday, 12 November 2015

Najwa - Satu 

[Verse 1]
Dulu kita tiada beza
Hanya seperti manusia biasa
Yang ditakdir jatuh cinta
Jatuh cinta pandang pertama
Tak kusedar entah mengapa
Kita semakin jauh berbeza
Kau tinggalku begitu saja
Dan hilang dari depan mata

[Chorus]
Berikan aku satu peluang
Peluang untuk mencintaimu
Berikan aku satu peluang
Peluang untuk merinduimu
Sekali lagi
Ho oh oh 
Sekali lagi Ho oh oh

[Verse 2]
Adakah engkau lupa
Saat pertama kita jatuh cinta
Senyum tawa sedih duka
Kita lalui bersama

*Ulang Chorus

[Bridge]:
Sekali lagi Ho oh oh x4
*Ulang Chorus

Adakah engkau lupa
Saat pertama kita jatuh cinta
Senyum tawa sedih duka
Kita lalui bersama


Kami on the way nak cover lagu ni, dalam proses recording, dengarkanlah nanti =) nice song!



Posted on Thursday, November 12, 2015 by Farhanboombastic

1 comment



Faizal Tahir - Sayang

[Verse 1] Tiada yang lebih terindah Selain kita Kau dan aku bersama Biarku sentuh dan rasa Kasih yang mesra Hanya kita yang tahu Tenang memandang wajah yang lena Tuhan selalu dengan mu
[Chorus]
Sayang Tidur saja sayang Lupakan saja yang semalam Tidurlah mimpi indah Oh Sayang Tidur saja sayang Setia disini ku menjaga Tidurlah Kaulah segalanya Sayang Kaulah segalanya Sayang
[Verse 2] Waktu dan usia berlalu Saksi padamu Dewasa dan sempurna Setiap air mata mu Hancur hatiku Mahu kau senyum selalu Biar luka diubat di waktu Tuhan selalu dengan mu
[Bridge] Selamanya kau bidadariku Takkan pudar senyumanmu yang pertama Selamanya tetap kau sempurna Sayang Sayang


Lagu yg berkonsepkan akustik, memang best lagu ni. Layan je utk tidur, inshaallah kami nak try cover lagu ni nanti =) nice song FT, best!

Posted on Thursday, November 12, 2015 by Farhanboombastic

1 comment

Sunday, 25 January 2015



Assalamualaikum semua pembaca blog ni, sudah lama tak update pasal tips-tips yang berkaitan dengan sukan renang. By the way, selamat tahun baru 2015! hmmm dah dekat nak habis bulan satu baru nak wish.. =)

Ok, entri ini akan menjelaskan tentang persediaan yang rapi anda semua yang berkeinginan untuk belajar berenang. Persediaan dari segi mental dan fizikal ternyata amat penting dan hal ini mestilah dititikberatkan oleh sesiapa sahaja yang ingin belajar berenang!


1. Pemikiran Awal atau Mind Set
Pada awalnya, mesti ramai yang takut dengan air, lebih-lebih yang mana ada pengalaman buruk dengan sukan ini. Lemas antara perkara yang seringkali disebut oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai ilmu tentang sukan renang dan sekaligus membuatkan seseorang itu hilang keyakinan dan minat untuk terus belajar.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ramai yang berpendapat sukan ini hanya untuk orang-orang yang mahir berenang sahaja. Namun, sukan renang ni banyak sangat benefitnya, jangan sia-siakan peluang yang ada untuk terus belajar. Bak kata org tua-tua, mental kena kuat la kalau nk belajar sesuatu yang mencabar, indeed renang ini tidak membahayakan fizikal, maknanya injuries anggota badan tu memang kurang, tapi risikonya adalah mengalami kekejangan otot (kalau air kolam terlampau sejuk dan warming up tidak dilakukan/tidak dilakukan dengan betul) dan lemas.

2. Kewangan
Ramai juga yang berpendapat sukan ini memerlukan duit yang banyak dan sukan renang juga dikatakan sebagai sukan yang agak mahal/expensive dimana banyak keperluan yang perlu disediakan seperti goggle, swimming trunks/outfit dan bayaran untuk memasuki kolam renang awam/swasta untuk setiap kali masuk/entry. Pada pandangan saya pula, tidak ada masalah untuk laburkan sedikit wang untuk permulaan kerana keperluan renang seperti pakaian renang dan goggle boleh bertahan lama jika dijaga dengan rapi. So, why not laburkan wang untuk perkara yang berfaedah. Untuk belajar dengan coach/jurulatih professional, bayaran untuk belajar berenang juga agak mahal, dianggarkan RM 150-RM300 untuk 10-12 kelas, jadi averange-nya RM lebih kurang RM15-rm20 untuk setiap satu kelas/sesi latihan. Hmmm, kalau nak cuba boleh, pengalaman saya jadi coach pun customer still bayar at least rm 10 untuk satu kelas, itu paling murah lah.

3. Malu atau Segan
Malu atau segan juga merupakan salah satu faktor utama bagi orang-oranf yang nak belajar tapi rasa malu dan segan tu sama rata. Untuk zaman sekarang, tempat belajar berenang memang banyak. Untuk kaum wanita pula, boleh try cari coach wanita, memang digalakkan 200% lah agar cari coach wanita supaya sesi pembelajaran lebih selesa & efektif. Yang laki-laki jangan cari coach wanita pula nak menggatal, coach laki-laki yang gagah perkasa ramai lagi, haaaa cuba cari dan belajar. Kalau rasa segan & malu, try ajak kawan-kawan untuk belajar sekali, kalau ada geng, baru best kan =)


Jadi, sajalah nak share apa permasalahan yang selalu orang hadapi bila nk belajar renang. I mean, jangan risau, kalau nk belajar go on je. Don't worry, at least kalau dah reti berenang, on weekends, cuti-cuti ke, pergi pantai ke, boleh riadah dgn swimming. Lagi satu, kalau dh pandai berenang, keselamatan diri, dan juga kselamatan kawan-kawan.adik-beradik juga terjamin~

Kalau ad sebarang pertanyaan ataupun komen, dialu-alukan untuk tgglkan mesej anda di ruangan komen bawah, Tq, Chowww

Posted on Sunday, January 25, 2015 by Farhanboombastic

4 comments