Friday, 19 July 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera =)
Alang-alang expert renang ada kat sini, apa kata kita belajar cara-cara nak renang melalui blog yang boombastik ini.

Ok, teknik renang yang ada kat video atas tu adalah gaya dada ataupun breaststroke in English...you know English?? pouuyouuu ...ok let's begin.

Gaya renang: Gaya Dada - Breaststroke
Rekod Dunia: 50 meter  (26.67 saat), 100 meter (58.46 saat)
Rekod Malaysia: 50 meter (29.46 saat), 100 meter ( 1minit 2 saat)
Rekod Peribadi: 50 meter (33 saat/ Pingat Gangsa peringkat Negeri kedah 2010/Pingat Perak Terbuka Permata Pulau Pinang ETC), 100 meter (Pingat Gangsa peringkat Negeri Kedah ETC/ masa entahlah dah lama x rekod)

Gaya ini selalu dikatakan sebagai gaya renangan 'katak' ataupun 'frog style' kerana ia menyerupai katak yang sedang berenang..hmmm camne tu? Baiklah, gaya ini adalah gaya yang paling slow di antara keempat-empat gaya renang yang diiktiraf iaitu Gaya Bebas, Gaya Kupu-kupu dan juga Kuak Lentang. Kalau diikutkan masa, memang gaya ni paling slow lah walaupun anda berenang macam katak sebenar sekalipun. Renangan gaya dada lebih menfokuskan kepada kekuatan kaki, boleh dikatakan hampir 70-75% tolakan dan anjakan badan untuk ke hadapan adalah hasil daripada tolakan kaki kita.

Ada beberapa langkah yang perlu diambil kira.
1.Warming up - buat stretching dengan betul untuk mengelakkan kecederaan ataupun kekejangan otot.
2.Peralatan yang patut ada - Swim board, goggle, swimming outfits and of course a swimming pool la.

#1 Pernafasan
Bernafas menandakan anda masih bernyawa....hmm ok, pernafasan amat penting kerana bila anda semput atau tercungap-cungap, itu bermakna pernafasan anda semasa berenang tidak betul. Pernafasan yang betul adalah kita bernafas terbalik dengan semasa berada di alam darat. Kita mengambil nafas dengan menggunakan MULUT, lalu menghembus kembali nafas yang telah diambil dengan menggunakan HIDUNG. Saranan untuk mengambil nafas yang baik adalah nafas yang panjang dan mempunyai kapasiti udara yang padu dan tahan lama. Anda perlu menghela nafas yang perlahan dengan menggunakan mulut supaya kapasiti udara yang anda ambil adalah padu dan tahan lama. Pabila hendak menghembus kembali nafas yang telah diambil, caranya lebih kurang seperti menghembus selesema daripada lobang hidung anda....tetapi secara perlahan-lahanlah...jangan excited sangat.

Alam darat: Inhale  - Hidung
                    Exhale - Mulut

Pernafasan untuk renang: Inhale - Mulut
                                          Exhale- Hidung


#2 Kaki
Seterusnya, kita mulakan dengan kaki dahulu. First of all, pegang sisi kolam cam gambar kat bawah ni.


Kaki tuk gaya dada ada 3 steps.
1) Bengkokkan kaki anda seperti yang terpapar dalam gambar di atas
2) Pabila kaki cantik anda sudah bengkok seperti yang terpapar dalam gambar di atas, tendang ke tepi dan kaki cantik anda akan menjadi seperti huruf Y.
3) Dengan kadar segera bermula dari langkah ke-2 tadi, pabila kaki sudahpun dalam keadaan huruf Y, jangan berhenti, terus cantumkan kembali kaki anda dan akhirnya menjadi lurus dari peha sehinggalah ke hujung jari kaki. (lihat gambar bawah untuk info lebih lanjut)




Ulang balik langkah-langkah seperti tadi untuk setiap tolakan kaki supaya dapat melonjakkan badan ke hadapan.

#3 Tangan

1) Pertama sekali, tangan mestilah berada di posisi seperti superman, luruskan tangan anda selari dengan bahu anda, tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, bezanya tapak tangan tidak perlu digenggam. Jari-jemari perlulah ditutup dengan rapat agar air yang ditarik tidak terlepas dari cengkaman.

2) Tarik perlahan-lahan tangan anda ke tepi seolah-olah melukis satu bulatan di hadapan.

3) Pabila tangan ditarik ke belakang dan siku sudah hampir selari dengan bahu, maka inilah saat untuk para manusia mengambil nafas dengan mengangkat kepala anda - mata tengok hadapan, jangan terlalu mendongak ataupun terlalu pandang ke bawah, buka mulut anda dan inhaleeee(tengok gambar di atas).

4) Setelah ambil nafas, maka sudah sampai masanya untuk anda cantum kembali tapak tangan yang terbuka disebabkan nak melukis bulatan tadi sambil-sambil anda merendahkan kepala anda untuk masuk kembali ke dalam air. *pada ketika ini juga anda mula step 1 kaki anda iaitu bengkokkan kaki anda)

5) Setelah tercantum kedua-dua tapak tangan dan menjadi tajam seperti roket, anda seoalah-olah "mencucuk air" tersebut ke hadapan dengan pantas dan kuat. *pada masa ini juga anda tendang dan sepak sekuat hati untuk jadikan kaki anda dalam keadaan bentuk Y, dan seterusnya luruskan balik kaki anda.



#4 Posisi badan
1) Kaki mestilah sentiasa berada di dalam air. Jika ada percikkan air semasa melakukan tendangan, maknanya posisi seluruh badan anda tidak betul. kaki anda sepatutnya berada lebih dalam sedikit berbanding dengan badan dan tangan anda yang senantiasa dekat dengan permukaan air.

2) Semasa kepala berada di dalam air, mata sentiasa tengok ke bawah, bukan ke hadapan.

3) Jika tangan anda dan kaki anda lurus (lurus tapi tak kaku, perlu lebih rileks), barulah anda boleh terapung dengan jayanya.

Akhir kata, dengan memahami segala teori dan langkah-langkah untuk menguasai teknik gaya dada ini sudah pasti masih tidak mencukupi untuk anda boleh berenang secara tiba-tiba. Jika anda masih ingin mencuba di kolam sebenar dan bukannya di atas katil anda serta ingin mendapatkan peluang untuk merasai kemanisan menguasai teknik-teknik renang dengan betul, jangan berasa segan untuk hubungi saya untuk kelas-kelas renang yang bakal ditawarkan. hehehehe good bye and good luck =)





Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

12 comments


Assalamualaikum, siapa yang kenal Azmir Arif? Saudara ini adalah seorang penyanyi..hmmm so? Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya, siapa Azmir Arif ni? Dipendekkan cerita, dia adalah seorang penyanyi yang tabah kerana mempunyai suara yang sengau ketika bercakap, namun vokalnya amat berlainan ketika bernyanyi. Hmmmmm tapi jika anda lihat video-video nyanyiannya, sudah pasti anda semua akan terkezzzutttt dengan vokal yang dilontarkan olehnya. Terbaik! walaupun saya tak kenal sangat dengan penyanyi ni namun apa yang saya nak cuba sampaikan di sini jangan kita selalu memburuk-burukkan orang lain dan dengki dengan kejayaan orang lain. Semua orang inginkan  dan impikan kejayaan. Justeru, dari apa yang saya dengar cerita-cerita yang disampaikan oleh penyanyi yang bernama Azmir Arif ni, sudah tentu saya berasa pilu dan kecewa dengan sikap orang Malaysia yang suka mengutuk-ngutuk dan tidak memberikan galakkan yang positif terhadap orang lain lebih-lebih lagi orang yang dalam serba kekurangan. Namun baginya, kekurangan itu adalah anugerah. Saudara Azmir juga pernah dikewakan oleh para juri semasa menyertai One in a Million dan uji bakat Akademini Fantasia baru-baru ini. Namun, dengan keprihatinan masyarakat kini, saudara Azmir telahpun semakin diterima oleh masyarakat berkaitan dengan bakat dan vokal yang dimilikinya.

Berikut adalah PROFIL penyanyi tersebut.

Nama panggilan: Azmir Arif
Nama sebenar: Mohd Azmira Mohamad Arif
Nama komersial: Azmir Arif
Tempat lahir: Balik Pulau, Pulau Pinang
Zodiak: Virgo
Tarikh lahir: 15 September 1983.

SALAH SATU DARIPADA LAGUNYA, LAYAN JE =)



Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

4 comments



Topik ni mungkin dah ramai orang post pasal ni, walaubagaimanapun mungkin masih ada di antara anda yang sedang membaca blog boombastik ni belum pernah tahu cara-cara nak tahu sama ada anda ada crush ataupun sebaliknya ada orang minat anda ataupun tidak hehehehehehehe.

1. Gelabah/Nervous


First of all, anda mesti jadik gelabah tak tentu pasal punya. Nampak je si dia lalu, terhuyung-hayang anda jadinya macam kungfu mabuk. Terketar-ketar lutut, tangan menggigil macam kena parkinson, tiba-tiba rasa semacam, berpeluh-peluh sejuk, yang banyak bercakap pot pet pot pet tiba-tiba boleh jadi diam, semua ni adalah kerana HATI ANDA MULA BERDEBAR...cewahhhhh dup dap dup dap dup dap jadinya, pabila heartbeat tak menentu dan bertambah laju, maka anda sedang menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak normal buat seketika. Kalau time nak gi confess lagilah, berdegup laju sampai lupa cara-cara nak bernafas.

2. Eye Contact

haaaa, bermain-main mata...hmm yang tu zaman dulu kalau nk ngorat, sekarang ni kenit mata mau kena lempang. Camnilah al- kisah pasal eye contact ni, perempuan ngan laki yg sama-sama suka each other pada mula-mula comfirm bajet malu-malu taik kucing. Tapi untuk kes yang suka secara diam-diam pun sama. Pada awalnya, kalau member-member ni rileks jer nak bersembang mata bertentang dgn mata, sampai ke siang pun ok takde masalah. Tapi once dah "DUP", terdetik suatu masa pabila perasaan tu mula menjelma, bersembang je confirm mata meliar suka tengok tempat lain...tengok lantai, silling, tangan, dan macam-macam lagi la si dia ni nak tengok untuk mengelakkan dirinya untuk bertentang mata secara direct dengan crush yg dia minat. x percaya? cuba try kat parents ke lecturers anda sebagai subjek ujikaji. krek. 

3. Suka Ambil Tahu dan Layan Dengan Baik

"Aloha, awak dah makan?" "Dah, baru makan tadi" "makan pe?" "Biawak masak sambal cicah air garam" hmmm cliche....tapi inilah hakikatnya. Tak memasal-masal jadi terlebih caring dan suka ambil tahu. =P


5. Suka Texting,Calling, Whatsapp, Wechat dan seiring dengannya

Zaman high-tech sekarang ni memang benda-benda camni menjadi tunjang utama untuk berkomunikasi supaya boleh mengenali lebih mendalam antara satu sama lain. Balik-balik muka same je yang suka dan sibuk bersembang dengan anda, maka anda tahulah apa maksudnya =)


6. Suka Usik-usik/gurau manja

Haaa yang ni memang kebiasaanlah. Selalunya lelaki yang akan menjadi catalyst tuk benda ni terjadi. Lelaki zaman sekarang memang pandai mengayat, siap berpantun berpuisi bagai walaupun gagal dalam ujian karangan bahasa melayu. Perempuan ni sensitif sikit, bila bab-bab mengusik, lelaki lebih cenderung untuk mengusik lebih banyak berbanding dengan perempuan tuk mengusik lelaki. Bila berjaya mengusik, bergelak-ketawa dan sebagainya dikatakan hubungan akan menjadi lebih mesra dan akrab. LOL

7. Cemburu

Sifat cemburu memang tidak dapat dinafikan lagi. Kadang-kala, ada pihak yang cemburu sebab ada jugak homosapien lain yang sibuk nak suka kat orang yang dia suka. Tengok kawan dia bersembang sikit dengan orang yang dia suka mulalah tabur fitnah macam...akhirnya membawa kepada pergaduhan akibat ketidakpuashatian...hmm bahasa melayu apakah ini haiya..Lebih-lebih lagi, mulalah dengan perasaan hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Malahan, perkara-perkara yang melibatkan suka,crush dan cinta memang betul-betul boleh CRUSHKAN personaliti dan kehidupan anda. Kalau nak suka kat orang pun tiada salahnya, manusia memang dicipta untuk saling suka-menyukai, cinta-mencintai, namun budaya kita, tingkah laku kita, peradaban kita masih perlu dikawal secara lebih rasional.








Walaupun kita ada crush, orang yang kita suka, jangan sesekali kita leka dengan apa yang kita buat. Tidak salah menyukai seseorang, namun jika menyukai seseorang itu membawa kesan yang buruk dalam kehidupan anda, maka cari jalan yang lebih sesuai, yang lebih halal untuk mengikat tali percintaan yang lebih hakiki. =)




Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

No comments

Manusia yang terlalu obses dengan mainan Minions....hmmmm kesian kecik-kecik dulu mak ngan ayah tak sayang tak belikan mainan tuk diorang, dah besar gedabak baru nak merasa main mainan. =)


Embedded image permalink


Ternyata rakyat Malaysia amat minat dan suka dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan keusahawanan...hmmm beli murah-murah pastu jual beribu-ribu, kaya loorrrr ini maciam !






#Kepada rakyat Malaysia, beringat-ingatlah kita sedang menuju ke arah negara maju menjelang 2020. Jika mentaliti kita masih ini maciam, wa hanya boleh cakap ini maciam kita susah mau dapat itu title negala maju. So, again...please do change our mentality, our behaviors and perceptions towards things. It is our indeed responsibility in order to assist and contribute something beneficial to our country =) Peace for Malaysia wulalalalala

Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

No comments


Hello guys, wanna learn minions' language? Here it is !!


Embedded image permalink

Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

No comments

Sambungan daripada part I.....

Acara kedua adalah gaya dada, jangan salah faham, renangan ni bukan guna dada tuk renang...jangan jadi terlampau kreatif ye. Renangan ini orang selalu panggil renangan katak, dia nk macam katak sikit...bezanya bila di peringkat yang lebih kompetitif, panggilan gaya dada lebih relevan digunakan. Acara ini acara feveret aku lah kiranya, tak tau la sama ada dulu termakan berudu ke apa, renangan katak aku memang katak pun kalah, dah pernah try kat lopak air yang ada katak kat rumah aku. Kali ni memang aku berazam nak kalahkan brader stretching tadi, tak mungkin aku akan kalah tuk acara ni....

Acara gaya dada 100m bakal dimulakan, dengan azam yang lebih tinggi, memang agak impossible untuk orang yang tiada 6 packs untuk bertarung dgn orang yang ada 6 packs...tapi belum cuba belum tahu, kita tunggu dan lihat sahajer. Wisel sekali lagi ditiup dengan kuat dan jelas menandakan acara ini bermula secara official. Stop watch ditekan butangnya oleh penjaga masa....tak kisahlah pasal masa, nak menang brader tu jerk. Puas aku tendang, puas aku kayuh, puas aku renang sampai terminum-minum air kolam yang manis cam sirap tu...akhirnya...akhirnya...AKHIRNYA...jeng jeng jeng, aku tak tewas, namun aku berjaya menewaskan brader tadi dengan jarak yang agak jauh. hahahahahahahaha*evil laugh. Time tu terasa macho dan power habislah sebab dapat nombor satu kat daerah tersebut. Tapi still kontrol la macho tu..kalau tak kontrol, takut terlebih macho, susahlah nanti....hmm

Jadi, tuk acara-acara lain, aku ringkaskan sajalah..overall daripada 5 acara, aku berjaya dapat 3 emas, 2 perak haha dan akhirnya aku sendiri menobatkan diri sebagai perenang terpower di daerah aku...kalau ikut bilangan pingat la haha. Tapi disebabkan tiada bajet yang mencukupi maka pertandingan ini tidak memberi pingat kepada para pemenang..hanya sijil penyertaan sahaja...hmmm rugiii betol, start drpd 2011 pingat dah pun mula diberi kpd para pemenang...hmmm kalau tak memang aku nak sapu semua acaralah.

Maka tamatlah semua acara pada tengahari hari tersebut. Tukar balik ke pakaian seragam sekolah (aku sorang je pakai camtu haizzz)...tengah leka bersembang dengan kawan, cikgu ni tegur aku " weiii Farhan, zip seluar tak zip betul-betul tu" arghhhh sudah semua orang kat kompleks sukan gelak kat aku......jatuh saham habis-habisan punya wa cakap lu. Berpeluh-peluh bai, cuak dan malu punya pasal...pathetic betul, tsk....! Try dok zip balik depan-depan public....masha allah....zip rosak, memang terbaekkkkkklah. Bertambah cuak la aku ni, yang kawan-kawan reti gelak je..haiya apa pon tak boleh maa. Try la zip balik sampai masuk ke dalam bas pun tak settle-settle lagi...payah hidup camni. Dah putus asa, last-last kali ambil beg tutup cover, tidur dulu dalam bas. Terjaga tengah perjalanan...try try...alhamdulilah dah tak sangkut dah...hoyearghhhh !

Masih ada sejam sebelum balik dari sekolah, aku pun masuk la ke dalam kelas balik. Cikgu sedang mengajar time tu, waktu fizik pulak.....adoi...tapi nasib baik la cikgu tersebut murah hati dia suruh tido ja kat belakang kelas tu hahahaha. Cantik la cikgu, terima kasih =)




Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

1 comment

Kisah hidup aku memang tidak dapat dipisahkan lagi dengan aktiviti renang. Setelah bergelar sebagai salah seorang wakil renang di daerah tempat tinggal aku pada suatu ketika dahulu, aku masih bergiat dalam aktiviti tersebut walaupun sudah hampir 3 tahun aku tidak bertanding dalam mana-mana pertandingan renang. Namun begitu, aku masih lagi 'fit' and 'steady' seperti dahulu, malahan lebih kacak berbanding dahulu sebenarnya...hmmmm....tidak dapat dinafikan lagi.

Sudah pasti ada pengalamanku yang tidak dapatku lupakan sampai bila-bila masa pun. Dahulunya adoiyainyer pun, aku masih teringat betapa sukarnya untuk aku menghabiskan renangan jarak sepanjang 50 meter...bukan main letih tercungap-cungap apabila sampai ke penamatnya. 

Baiklah, kali biar aku cerita sikit tentang pengalaman pertama kali aku sertai pertandingan renang peringkat daerah semasa aku form 4,  umur masa tu 16 tahun, masih muda dan bergaya. (agak lambat untuk aku sebab kebiasaannya perenang wakil negeri/negara telah start berlatih sejak kecil lagi) Dengan memakai goggle, tidak mustahil orang lain tidak nampak mata sepet aku. (merapu dah) Beberapa minggu sebelum pertandingan, biasanya orang lain dah giat menjalani latihan dan sedang membuat persiapan akhir...tapi aku pula, dalam 3 minggu camtu...training baru 3 hari, itupun waktu cuti, biasanya main game saja kat rumah, adoi tak ada life langsung. Mungkin aku tidak tahu kemampuan perenang-perenang lain kerana dekat kolam yang aku selalu berlatih, kesemuanya lambat-lambat belaka, pejam mata pun dah menang walaupun memang sepet sentiasa terpejam mungkin aku terlalu angkuh kerana menganggap pertandingan yang akan datang ni pun tiada pesaing buat diriku....cewah ayat...

Waktu pertandingan renang tersebut jatuh tepat pada hari Ahad, dan aku masih lagi perlu ke sekolah pada pagi itu. Jadi, tanpa berfikir panjang, aku pun pakailah seragam sekolah, full set la. Setelah kemas semua buku-buku mengikut jadual kelas, aku pun masukkan seluar renang aku dan goggle aku ke dalam plastik. Lepas itu, ayah aku hantar ke sekolah. Perghhlamak, sampai-sampai saja..memang tepuk dahi la aku. Orang lain pakai baju PJ la ..pungkur betol.
Cikgu pun tanya apa pasai pakai ini maciam haiyaa....hancuss saham aku, baru nak bajet ensem. Apa-apa pun, aku teruskan perjuangan, tanpa mengaku kalah walaupun dugaan pada pagi itu amat memilukan dan memalukan. Lepas sejam menunggu di depan pintu sekolah, maka semua perenang wakil sekolah aku pun naik la bas yang disediakan.

---------------------------------------------------30 minit berlalu-------------------------------------------------------

Arghhhh ! sampai pun akhirnya, cayalah beb! berdebar-debar bunyi jantungku, cuak dan at the same time, excited. Gelanggang pertarungan adalah bertempat di Aimst University, sebuah universiti yang dibawah naungan MIC, Barisan Nasional. Universiti ini dekat dengan Merbok, menawarkan pelbagai kursus pada pelbagai peringkat termasuklah asasi, diploma, degree dan sebagainya serta universiti ini lebih cenderung kepada bidang perubatan. Sesudah sampai kat depan pintu kompleks sukan universiti tersebut, ternampaklah beberapa wakil dari sekolah lain, misalnya SMK Ibrahim dan MRSM Merbok. Nak hayam...ada sorang wakil ni perghh dok stretching dah, mengeliat sini sana...sambil tunjuk 6 packs dia...meleleh ayaq mataku tgk, tgk yang sendiri punya 1 pack jer (gabungan 6 packs).. yg pompuan jgn dok bayang la, aurat. Lagi gabra perasaanku, ketaq lutut pun ada...atlit atlit camnikah yang aku kena bertarung nanti? 

Lepas setengah jam lagi, dah dekat pukul 9++pagi, semua wakil pun dah sampai...baru pintu kompleks sukan tu buka. Disebabkan aku adalah di antara yang paling senior kat sana, maka aku telah diarah oleh guru untuk lead stretching....bantai ja. Ok, sepanjang aku dok sana perkara yang paling menyakitkan hati adalah ....Psycho. Semua atlit suka pandang-pandang, jeling-jeling...bukan apa, nak psycho konon haha. Aku dulu takut sikit, aku selalu elak pandangan orang lain. Tapi, memang ni lumrah pertandingan sukan renang, suka saiko menyaiko macam taiko jual teko...payah betol. Aku baik, walaupun hebat tapi tak pernah pun nak psycho-pyscho ni...hmmmm. krek. 

Jadi, pertandingan pun bermula. Berdebar-debar menunggu nama dipanggil untuk membuat persediaan sebelum acara yang disertai dimulakan. Bunyi tiupan wisel menandakan anda boleh terbang ke langit, dan terjun kembali secara menjunam ke dalam kolam dengan bunyian splashh...apa yang aku merapu ni. 

"Lorong 6, Muhammad Syafiq Farhan Boo dari SMJK Sin Min "(bukan lorong lorong bapuk ke pondan nah...ni lorong maksudnya lane ke 6) dengan bangganya aku angkat tangan menandakan akulah peserta tersebut.

Tengok-tengok sebelah...adoiyai...brother yang stretching kemaih tadi....pi dah aku hari ini. Acara ini adalah acara gaya bebas 100meter.Gaya bebas ni bebas la nak renang apa pun, nk buat stail itik ke, ayam ke, anjing ke, dugong ke terpulanglah...kreativiti masing-masing. Piiiiiiiiiiiittttttttttttttttttttttttttt !! Wisel ditiup dengan kuatyer hadoiyainyer pon dan aku pun gelabah entah macam mana aku terjun macam katak , Paaammmmm (bunyi terjun ke dalam kolam, cam kereta eksiden pun ada) ..maka gigihlah aku kayuh diri aku dengan sepasang tangan dan sepasang kakiku ni..kelam kabut jadinya. Andddddd, the result isssss......first time aku rasa defeat....perghh haha, rasa tewas...kekalahan, x best ...nak kejar pun tak mampu...total defeat beb! dapat no 2 ja...kalah kat brother stretching tadi..bukan calang-calang 6 packs dia, memang nampak la bukti dia gigih berlatih kat situ...hmmmm

Bersambung part 2...............................

Posted on Friday, July 19, 2013 by Farhanboombastic

1 comment