Saturday, 25 October 2014



Putra Canselor Carnival (4th PCC): Youth On The Move! adalah satu PROGRAM inisiatif sendiri para pelajar Kolej Canselor yang akan dijalankan buat kali keempat dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Canselor dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM yang menyatukan pelbagai pertandingan dan aktiviti menjurus kepada pembentukan dan pembinaan sahsiah masyarakat yang cemerlang dan seimbang. Bertemakan“Youth On The Move!”,karnival ini berkemampuan untuk menyeru masyarakat pelbagai lapisan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi keperluan fizikal dan mental yang bermula seawal usia kanak-kanak serta menjadikan golongan belia sebagai agen perubahan masyarakat yang menyumbang bakti kepada negara.Pelbagai jenis aktiviti yang meliputi aspek fizikal, mental, intelek, rohani, dapat menjadikan karnival ini versatil agar dapat memenuhi permintaan warga Universiti Putra Malaysia, dan juga penduduk Serdang, dalam pelbagai aspek. Karnival ini juga secara tidak langsung akan menyentuh aspek kemahiran Insaniah yang ingin diterapkan secara holistik.
Pengisian Aktiviti & Pertandingan
Putra Canselor Carnival (4th PCC): Youth On The Move!

Canselor Futsal Kickoffs
Grand Canselor Takraw Tournament
Forum Perdana: Share & Cure
Malam Cinta Allah & Rasul
Bitstrip Challenge!

Canselor Chess Tournament: Chess It Out!
Canselor Story Telling: Small Voice, Big Story!
Canselor Children Art Attack!
Battle Of The Band: We Dare You!

Malaysian Home Run (Explorace 1 Malaysia)
Mighty BUSINESS Mind!
CAREER Newsletter
Youth Top Motivator

Putra Mini Games
-Giant Bubble
-Pameran Haiwan
-Tarik Tali
-Putra Fitness Challenge


Charity Mission: PROGRAM Bersama Anak Yatim "Seikhlas Budi"
Charity Mission: Let’s Donate! Show Your Concern!
Charity Mission: Le’ Tour De UPM

 Gerai Jualan: Makanan, Barangan Kering, Mini Games, Gerai Jualan Pelajar
 


 
 

Nantikan & Sertai PCC pada November ini!

Tarikh Karnival

14, 15, 16 November 2014

Bertempat Di

Kolej Canselor
Universiti Putra Malaysia

Untuk sebarang maklumat & pertanyaan mengenai Putra Canselor Carnival (4th PCC): Youth On The Move! boleh menghubungi

Muhammad Syafiq Farhan Boo Bin Omar Boo 
017-4699251
Pengarah 4th PCC

Auf Iylia Bin Sarbani
010-5425892
Timbalan Pengarah 1 4th PCC


Syamin Syazwani Binti Rozi
013-380 1597
Timbalan Pengarah 2 4th PCC

Jemputlah kawan-kawan semua memeriahkan lagi Karnival ini! Percuma! Hanya datang dan nikmati kemeriahan karnival ini!


Posted on Saturday, October 25, 2014 by Farhanboombastic

1 comment

Tuesday, 11 March 2014



Assalamualaikum wbt Tuan/ Puan

Salam Sejahtera dari pihak Putra Canselor Carnival 2014: Let's Spread the Message!

Pihak kami ada menyediakan tapak niaga selama 3 hari kepada peniaga dan usahawan yang berminat menyertai Putra Canselor Carnival 2014 : Let's Spread the Message! yang akan diadakan di Kolej Canselor(KC), Universiti Putra Malaysia(UPM).

Program ini terbuka kepada masyarakat setempat dan kami juga menjemput warga IPA/IPTS sekitar Malaysia untuk menghadiri dan memeriahkan lagi suasana PCC 2014.
Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan pada hari karnival seperti:-

Forum Perdana:Prank and Parody
Tazkirah Muzikal:Malam Cinta Rasul (Qasidah/Ceramah)
Acoustic Band Battle:''Spread your Love''
Pertandingan Da'ie Cilik(Bercerita kanak-kanak)
Children Art Attack(Pertandingan mewarna kanak-kanak)
Grand Canselor Rugby Championship
Grand Canselor Takraw Tournament
Alumni Golf Challenge
Putra Canselor Short Video Contest
Aktiviti Berbasikal, UPM Green Tour:Explore the Nature
Canselor Chess Tournament
Malam penutup Putra Canselor Carnival 2014

InshaaAllah, Pelbagai aktiviti tarikan yang lain seperti Soopa Doopa, 'Petting Zoo' , jemputan artis nasyid, vvip dan lain-lain akan turut dijalankan bagi menarik lebih ramai pengunjung dan memeriahkan lagi gerai jualan dan suasana Putra Canselor Carnival 2014.

Lokasi program di Parkir Mahsuri, bersebelahan jalan utama lalu lintas kawasan kolej kediaman, Balai Seni Budaya Kolej Canselor, dan Parkir utama Kolej Canselor yang berdekatan dengan 3 buah kolej lain.

Butiran adalah seperti berikut :

Event : Putra Canselor Carnival 2014 : Let's Spread the Message!
Venue : Kolej Canselor (KC), UPM
Tarikh : 28 Mac - 30 Mac 2014 (3 hari)
Jam: 9 PG - 10 MLM

Saiz tapak:-

Parkir Mahsuri, KC:-
20x10(Makanan)-RM350.00, 3 hari
10x10(Pakaian/dll)-RM250.00, 3 hari

Parkir Utama, KC:-
10x10(Makanan)-RM300.00, 3 hari
10x10(Pakaian/dll)-RM250.00, 3 hari

Balai Seni Budaya, KC:-
10x10(Buku/PC/Elektronik)-RM300.00, 3 hari

Sekiranya tuan/puan berminat sila hubungi Saudari Nasuha/Saudara Firdaus di talian 019-394 1847/017-871 4013 atau emel ke pcc2014letspread@gmail.com untuk pertanyaan lanjut atau tempahan tapak sewaan.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Unit Gerai Jualan dan Galeri PCC 2014:Let's Spread the Message!
Nasuha/Firdaus.
019-394 1847/017-871 4013
Emel: pcc2014letspread@gmail.com



















So guys, amacam? kalau berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti silalah hubungi nombor telefon pengurus aktiviti masing-masing! Mohon sebarkanlah ye, insha allah kalau nak join gitau, jemput semua dtg ke UPM bagi memeriahkan lagi karnival ini!

Posted on Tuesday, March 11, 2014 by Farhanboombastic

1 comment

Friday, 31 January 2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. So, untuk entri kali ni, aku nak tulis sikitlah pasal kompleks renang kat UPM ni. Ramai orang yang tertanya-tanya & even ada pelajar yang bertahun-tahun kat UPM tapi bila ditanya mana Kolam renang UPM, dijawabnya haaaaa UPM ni ada kolam renang kaaaaa? Jawapannya memang ada, dekat mana? OK, kompleks renang UPM ni terletak berhampiran/berdekatan dengan Fakulti Pengajian Pendidikan & DKAP. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kompleks renang UPM hanya boleh digunakan oleh Pelajar Semasa & Staff-staff yang bekerja di UPM Sahaja. Pelajar yang telah bergraduat ataupun orang luar tidak dibenarkan untuk masuk mahupun brmandi-manda di kolam renang tersebuuuuuutttt. Clear? Ok, jom tengok sedikit gambar-gambar yang telah diambil di sekitar kompleks renang UPM untuk maklumat lebih lanjut.


Pintu Masuk Utama Kompleks Renang UPM


Berikut merupakan Jadual Masa Kolam Renang 



Antara peraturan yang harus dipatuhi





Amaran Keras! Tolong jangan terjun sekali dengan kasut anda, tq




Panjang Kolam 50meter standard Saiz Olimpik

Merokok ternyata membahayakan kesihatan, takut semput renang nanti

















Jangan risau, lupa bawak pelampung, yang ni pun boleh pakai

Nampak tak lantai tu....tu la kawasan paling power, 3.5 meter dalamnya










Berikut merupakan jadual Kompleks Renang UPM (Ada hari/sesi yang hanya lelaki/perempuan sahaja boleh masuk, ada juga hari/sesi yang kedua-dua jantina boleh masuk sekali)

Sesi
Hari
Lelaki
Perempuan
Masa
PagiIsnin - Ahad8.30 a.m – 10.30 a.m
PetangIsnin3.00 p.m – 6.30 p.m
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
MalamMalam (ditutup bergantung kepada tempahan pengguna)

Lazimnya, kolam akan tutup pada cuti umum, tapi bergantunglah, kadang-kala pada cuti umum pun dia still on. Lagi satu, kalau hujan lebat/ribut/ada kilat, selalunya kolam akan tutup jugak demi keselamatan para pengunjung. Hari Sabtu juga merupakan hari kokurikulum, so untuk minggu/hari yang terdapat aktiviti kokurikulum, kolam renang juga hanya akan dibuka untuk pelajar yang menjalani aktiviti kokurikulum berkredit di situ sahaja (kokurikulum Renang Asas). Lepas habis minggu/hari yang ada koko, barulah pengunjung boleh mengunjungi kolam renang pada hari Sabtu mengikut jadual seperti biasa. Kalau ada event/program/latihan yang nak buat waktu malam, anda juga boleh membuat tempahan untuk menggunakan kolam tersebut.

Untuk kawasan parkir pula sangat luas, so nak bawak berpuluh bijik kereta sekaligus datang renang pun boleh, no hal. Kolam ni standard saiz olimpik, 50 meter panjang. Memang saiz normal untuk pertandingan, siap ada podium untuk terjun. Tempat yang paling dalam dekat kawasan penghujung yang berhampiran dengan papan terjun, kedalaman air kolam mencecah 3.5 meter manakala tempat yang paling cetek lebih kurang 1.2m. Kalau rasa tak mampu 3.5meter tu try yang cetek dulu, janga over excited jumpa kolam terjun sesuka hati je hehe...

Overall, tahap kebersihan kolam ini masih lagi pada tahap yang memuaskan.Cuma, persekitarannya nampak lama/usang disebabkan cat bangunan yang telah luntur. Terdapat beberapa staff/pekerja yang bertugas di situ sepnjang sesi kolam dibuka. Apa yang anda perlu buat sebagai pelajar UPM, anda hanya perlu:

1) Membawa matrik kad (nanti kena kasi staff simpan sebelum masuk, and ambik masa time nk balik& hanya perlu isi nama, masa, no matrik dan tandatangan di borang kehadiran yang telah disediakan

2) Memakai pakaian renang yang sesuai (Baju cotton/baju berwarna/kain tuala/apa-apa jenis pakaian selain pakaian renang tidak dibenarkan untuk menggunakan kolam) /Inner yang beli RM10 kat Downtown tu yang dry fit tu still boleh diterima pakai) Bikini, boxer pun x boleh, for sure.

3) Memakai cap/topi renang (boleh sewa dengan staff sebanyak RM1 untuk setiap satu - tapi lebih baik beli/bawa sendiri sebab terhad)

4) Tiada bayaran dikenakan untuk pelajar/staff UPM


Antara pantang larang di kolam:
1) Tidak dibenarkan untuk berkasut/berselipar di sekitar kolam (perlu letakkan kasut di rak ataupun lantai di bahagian atas tangga yang berjauhan dengan kolam renang

2) Air minuman dan makanan tidak dibenarkan sama sekali

3) Dilarang berlari-lari di sekitar kolam


So, apa tunggu lagi? Ajaklah kengkawan lepak-lepak sambil menyelam minum air kat kompleks renang UPM ni. Jangan sampai grad pun x sampai-sampai lagi kolam ni, so kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun soalan bolehlah tinggalkan mesej anda di ruangan komen di bawah =) Terima Kasih~


Posted on Friday, January 31, 2014 by Farhanboombastic

27 comments

Monday, 14 October 2013





Alright kengkawan semua, ni nak kasi komen sikit pasal movie "Escape Plan" lakonan dua lagenda iaitu Sylvester Stallone ngan Arnold Schwarzenegger (payah betol nak sebut nama Arnold ni). Basically, sebelum aku dgn member-member aku yang retis iaitu Kimi Jamai dgn Ariff pergi tgk movie ni, aku dah tgk dh trailer dia. Pada awalnya, kami bercadang untuk tgk Insidious 2, tpi masa tak sesuai pula sebab Insidious movie dia lewat malam baru ada...so malam-malam raya ni tak baiklah kalau lepak lewat-lewat, even hari-hari biasa pun. So, kami set petang tu keluar pergi Amanjaya Mall, mula-mula ingat nak karaoke je, tapi last-last terpikat pula hati nak tgk citer ni.

Alright! serba sedikit sinopsis mengenai movie ni:

Ray Breslin is the world's foremost authority on structural security. After analyzing every high security prison and learning a vast array of survival skills so he can design escape-proof prisons, his skills are put to the test. He's framed and incarcerated in a master prison he designed himself. He needs to escape and find the person who put him behind bars.

Ray Breslin (lakonan Stallone) merupakan seorang pihak berkuasa yang handal,bertaraf dunia serta mempunyai ilmu mengenai struktur keselamatan di penjara. Dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menganalisis struktur-struktur penjara yang dibina dan dia bertanggungjawab untuk mencari jalan keluar daripada mana-mana penjara untuk diuji tahap keberkesanan struktur keselamatan penjara tersebut. Namun, beliau dikatakan telah berjaya melarikan diri lebih daripada 14 penjara, tapi dalam cerita ini, Ray telah dikhianati dan telah diletakkan di sebuah penjara yang sukar ditembusi tahap struktur keselamatannya kerana penjara tersebut dibina atas segala laporan-laporan penjara yang berjaya ditembusinya dahulu. Dengan adanya gandingan bersama Emil Rottmayer (Arnold), mereka perlu bekerjasama untuk melarikan diri dari penjara tersebut. Apa-apa pun, cuba tengok sendiri movie ni~! 

Apa yang pasti, keganasan yang ada dalam movie ni telah membuatkan movie ni hanya untuk homosapien yang berumur 18 dan ke atas sahaja. Plot cerita ini sedikit sebanyak meletakkan para penonton berada dalam keadaan yang tertanya-tanya, bagaimana Breslin and the gang nak cabut dari penjara tersebut, dan ini telah membuatkan para penonton terpukau dan ingin mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Aksi-aksi yang dipamerkan juga tidak mengecewakan dengan gandingan Arnold, memang penjahat kena belasah kaw-kaw punyalah, basically, cerita ini tak cliche dan worth to watch. Anyway, selamat menonton =)


Plot Keywords: Prison Escape Prison Warden Prisoners 

Tagline: No one breaks out alone


Genres: Action Mystery Thriller

IMDb Rating: 7.5/10

Personal Rating: 7/10











Posted on Monday, October 14, 2013 by Farhanboombastic

2 comments

Wednesday, 24 July 2013


Lelaki pemikirannya simple, Perempuan pemikirannya sangat complicated?

Betul, pengalaman aku menjadi seorang lelaki memang aku sentiasa berfikiran simple, tidak ada stress stress, wat relax, wat peace jer. Namun, sepanjang aku hidup selama 20 tahun, memang tidak dinafikan bahawa cara pemikiran lelaki dan perempuan amatlah berbeza daripada pelbagai aspek. Memandangkan aku pernah belajar pasal subjek linguistik & pengajaran bahasa kedua (inggeris), aku telah mempelajari banyak perkara-perkara mengenai perbezaan penggunaan bahasa/cara berkomunikasi antara lelaki dan perempuan =D

1. Lelaki simple, perempuan lebih complicated?
Lelaki seringkali dianggap lebih tidak memahami dan tidak terlalu kisah dengan apa yang berlaku. Memang tidak dinafikan bahawa inilah lumrah sifat lelaki. Biarpun status FB lelaki seringkali diadu dan dimaki kerana tidak memahami isi hati para wanita, namun jika kita mempelajari subjek yang berkaitan dengan komunikasi, kita akan faham bahawa mereka sememangnya hanya berfikiran secara simple. Diberikan soalan A, maka yang dijawabnya pun A. Lelaki tidak akan berfikiran terlalu panjang, beremosi berbulan-bulan hanya kerana satu konflik. Kalau bergaduh, lelaki lebih gemar untuk settlekan face to face, minta maaf, bersalaman then settle,. Sebab memang itulah cara lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri. Lelaki amat pentingkan persahabatan namun dalam soal percintaan, perempuan dikatakan lebih mementingkan ia berbanding dengan lelaki. 

Wanita ataupun perempuan pula amat berbeza dengan lelaki, secara fizikal mahupun secara mental..(memanglah). Perempuan seringkali dikatakan bahawa fikiran mereka amat sukar difahami. Perempuan lebih pentingkan relationship ataupun hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi dalam soal percintaan. Selain itu, perempuan lebih mementingkan hubungan percintaan yang mereka miliki berbanding dengan lelaki. Jika mereka sms "dah makan?" kepada pakwe mereka, mereka menjangkakan jawapan yang bukan sahaja menjawab persoalan mereka, malahan juga jawapan yang lebih panjang dan juga yang boleh menaikkan semangat cinta serta lebih mengeratkan hubungan cinta mereka. Sebab tulah lelaki yang pandai mengayat berbunga-bunga perempuan memang senang jatuh hati hehe. Tidak dapat disangkal lagi, perempuan sifatnya lemah-lembut dan perlukan teman ataupun rakan-rakan untuk mereka meluahkan isi hati mereka. Seringkali beremosi dan memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan (untuk zaman sekarang, FB Twitter Blog sudahpun menjadi rakan untuk luahan isi hati mereka hahaha) . Contoh yang paling simple adalah penulisan diari/blog, boleh dikatakan majoriti manusia yang gemar menulis diari ataupun blog adalah wanita berbanding dengan lelaki. Perempuan lebih penakut sifatnya dan sebab itulah apabila berlakunya konflik, mereka tidak yakin ataupun berani untuk face to face untuk settlekannya seperti lelaki. Mereka lebih gemar meng-update status-status FB dan twitter yang menunjukkan mereka beremosi, marah, maki-maki dan buat-buat berani untuk settlekan konflik tersebut. Sangat complicated but inilah hakikatnya.







2. Pilihan Leksikal/Perkataan


  • Lelaki: lebih suka menggunakan pilihan leksikal yang lebih mudah. Contohnya, lelaki mengkategorikan semua warna seperti Margenta & Strawberry dalam kategori Pink sahaja. Lelaki juga lebih cenderung kepada penggunaan perkataan yang lebih memberikan sifat kelakian seperti kuat, hebat, bertenaga.
  • Perempuan: Lebih gemar menggunakan pilihan leksikal yang lebih esklusif seperti Larvender, Orchid & Grape walaupun semua warna tersebut dalam kategori Purple. Perempuan pula lebih cenderung kepada penggunaan perkataan yang lebih memberikan sifat keperempuanan seperti comel, ayu, cantik, lemah-lembut.



3. Soalan tag & tujuan soalan ditanya
"Comel kan? kan? kan? " . "Hensem giler kan mamat tu? "It was interesting, isn't it?"


  • Perempuan ternyata lebih gemar bertanyakan soalan tag hanya bertujuan untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain. Soalan tag lebih jarang digunakan oleh lelaki berbanding dengan perempuan.
  • Soalan biasa pula seringkali ditanya oleh perempuan untuk tujuan mendapatkan jawapan atau penjelasan yang lebih lanjut, manakala lelaki ternyata lebih gemar bertanyakan soalan bukan untuk mendapatkan jawapan sebaliknya untuk menarik perhatian orang ramai. Lelaki dikatakan lebih gemar bertanyakan soalan yang akan disertai dengan cerita/penjelasan yang panjang terlebih dahulu sebelum mengemukakan soalan manakala perempuan akan terus bertanyakan soalan yang tidak difahami.


4. Intonasi dan penggunaan kata penguat (seperti sangat, amat etc)


  • Perempuan dikatakan suka 'melebih-lebihkan' intonasi mereka semasa bercakap dengan orang lain. Hal ini mungkin disebabkan mereka takut bahawa orang lain tidak memberi perhatian kepada mereka. Dalam pada itu, kata-kata penguat seperti amat, sangat, paling dan sebagainya turut menjadi pilihan perempuan untuk lebih menggunakannya semasa berkomunikasi berbanding dengan lelaki.
5. Kesilapan tatabahasa ataupun penggunaan perkataan semasa berkomunikasi

  • Lelaki ternyata lebih tidak kisah untuk melakukan sebarang kesilapan tatabahasa mahupun penggunaan perkataan semasa berkomunikasi. Mereka tidak terlalu kisah dengan persembahan diri ketika berkomunikasi. Lelaki juga lebih gemar dengan topik yang lebih maskulin yang hanya sesuai dalam kalangan mereka sendiri.
  • Kajian daripada tokoh yang bernama Trudgill(1983) berkata bahawa perempuan lebih berhati-hati dalam penggunaan tatabahasa dan perkataan supaya persembahan diri mereka ketika berkomunikasi adalah lebih baik dan memuaskan. Biarpun suri rumah yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, mereka masih menjaga segala percakapan mereka semasa berkomunikasi dengan orang lain. 
Well, tuan tuan dan puan-puan sekalian, saya rasa takat tu saja, kalau ada sebarang pertanyaan jangan segan-silu untuk komen =D Good byeee.




Posted on Wednesday, July 24, 2013 by Farhanboombastic

22 comments

Monday, 22 July 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ramai di antara manusia manusia yang tertanya-tanya, camne eh nak bernafas dalam air? hmmm jawapannya memang x boleh nk bernafas dalam air melainkan kita ada insang cam ikan tu ! Apa yang boleh kita lakukan hanyalah mengambil nafas yang secukupnya supaya kita dapat bertahan dengan lebih lama semasa menyelam di dalam air.

Baiklah hari ni cikgu renang yang ohsem ni kasi tips sikit pasal teknik pernafasan yang betul. Anda perlu mengikut beberapa langkah yang penting supaya teknik pernafasan anda betul.

Beberapa kelemahan ataupun masalah yang kebanyakkan orang ramai hadapai adalah:
1) Tercungap-cungap sewaktu berenang
2) Tidak mempunyai nafas yang secukupnya
3) Terlalu penat
4) Lemas

Tanpa orang ramai sedari, pernafasan adalah perkara yang paling penting dan merupakan perkara yang paling prioriti sebelum anda belajar cara-cara untuk terapung dan seterusnya menguasai teknik-teknik renang. Pergilah belajar dengan mana-mana coach ataupun jurulatih renang sekalipun, teknik pernafasan akan menjadi perkara pertama yang anda akan pelajari (selain daripada hal-hal keselamatan seperti melakukan stretching/diperkenalkan alat-alat keselamatan seperti pelampung dan sebagainya/cara pemakaian yang betul ketika melakukan aktiviti dalam air) Hal ini disebabkan dengan adanya teknik pernafasan yang betul, keselamatan anda lebih terjamin dan anda tidak akan mudah penat dan seterusnya lemas semasa berenang.


# 1 NAFAS DIAMBIL (INHALE) DENGAN MENGGUNAKAN MULUT

Baiklah. Apabila kita di alam yang berbeza iaitu alam darat dan juga semasa dalam air, cara pernafasan kita juga akan menjadi berbeza. Jika kita berada di darat, kebiasaannya kita akan mengambil nafas dengan menggunakan hidung kita. Kita tidak akan kerap ternganga/terbuka mulut kita luas-luas semata-mata untuk mengambil nafas bukan? Pelik haha! Tapi, untuk teknik pernafasan yang anda akan gunakan semasa melakukan aktiviti dalam air adalah mengambil nafas(inhale) dengan menggunakan mulut.

  • Tarik nafas dan mengambil udara sebanyak mungkin dengan menggunakan mulut anda supaya isi padu udara yang diambil lebih banyak dan tahan lama.
  • Tips untuk mengambil nafas yang lebih panjang dan tahan lama adalah dengan mengambil nafas dengan slow dan steady, tidak gelabah ataupun terlalu laju supaya nafas yang diambil tidak hanya memenuhi kapasiti paru-paru, malahan juga kapasiti udara di perut anda. (Perkara ini boleh dikaitkan dengan teknik pernafasan untuk vokal, atau lebih lazimnya disebut sebagai suara perut yang bermaksud mengambil nafas yang panjang dan tahan lama supaya bukan sahaja kapasiti udara paru-paru dipenuhi, malah kapasiti udara perut juga dipenuhi. Jadi vokal yang dilontarkan bukannya hanya menggunakan tekak sahaja, tetapi lebih kepada vokal yang dilontarkan dengan bantuan nafas yang mencukupi)
  • Setelah anda berjaya mengambil nafas anda yang panjang dan awesome tersebut, anda perlulah menahan dengan menutupi mulut anda untuk langkah yang seterusnya.
#2 NAFAS DIHEMBUS (EXHALE) DENGAN MENGGUNAKAN HIDUNG 
  • Sambungan daripada langkah yang terakhir tadi. Setelah anda berjaya mengambil nafas dan menahannya, kini anda perlu belajar cara-cara untuk menghembus nafas anda denga menggunkan hidung anda.
  • Jika kita telah menggunakan mulut untuk mengambil nafas, sudah pasti la hidung mancung anda menjadi pilihan pertama untuk anda melepaskan/menghembuskan nafas yang telah diambil
  • Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menghembus nafas anda seolah-olah menghembus cecair selsema anda (jika anda selsema disarankan jangan buat hahaha) secara berpanjangan sehinggalah nafas yang telah diambil habis dihembus.

#3 TEKNIK PERNAFASAN - BOBBING

Klik link di atas untuk tengok cara budak tu melakukan bobbing. Apa itu bobbing? Bob the Builder ke? Tak, bobbing adalah salah satu teknik pernafasan untuk anda melakukannya bagi mengelakkan anda terlampau semput/penat semasa berenang. Pernah tak anda lihat setiap kali orang yang renang secara pusingan sampai ke penamat/penghujung kolam, mereka akan ambil nafas ikut mulut, lalu menyelam ke dalam air untuk menghembuskan nafas yang diambil. Well, itulah bobbing. Setelah ambil nafas mengikut mulut, lalu apa yang anda perlu buat adalah menyelam sedikit (hanya kepala anda pun sudah mencukupi/x pernah menyelam sampai ke dasar kolam/ cukup-cukup menutupi hidung anda pun dah okay) , lalu menghembus nafas tersebut mengikut hidung....maka anda dapat lihat banyak buih secara berterusan dalam air). Hembuskan nafas anda dengan laju di dalam air lalu kembali ke permukaan air untuk mengambil nafas dan lakukan bobbing ni secara pantas dan berulang-ulang kali. Nescaya anda akan hilang semput dan penat anda semasa anda berenang.


Tips tambahan:
Pernah tak anda lihat ada orang dia boleh duduk/baring/tidur dekat dasar kolam dengan hati yang tenang dan relax sahaja. Siap bergambar bagai dalam air. Mesti awesome kan! Well, benda ni antara perkara yang paling simple la untuk para perenang untuk melakukannya. So, how are we gonna do it?

Simple, teknik dia lebih kurang macam bobbing, bezanya cuma, anda perlu menyelam seluruh badan dan menghembus nafas secara berterusan sampailah anda berada di dasar kolam. Benda ni sukar untuk dilakukan jika anda tidak mempunyai nafas yang panjang. Pabila anda menyelam, hembuskan nafas anda secara berterusan dan anda akan lihat buih/bubbles yang banyak disebabkan hembusan nafas anda. Jika anda berhenti menghembuskan nafas anda dalam air, maka buih tu pun akan hilang. Anda perlu menghembus nafas anda sehingga anda berada di dasar kolam, setelah anda berada di dasar kolam, anda dah boleh berhenti menghembuskan nafas yang selebihnya supaya anda ada masa untuk berbaring/duduk/buat apa-apa pose untuk keseronokkan diri =_=. 

Siap pakai kasut, baju, seluar bagai pun boleh duduk kat dalam kolam. hehe


Akhir kata, jika ada sebarang pertanyaan yang tidak jelas, sila komen di bawah =) Selamat Mencuba !

















Posted on Monday, July 22, 2013 by Farhanboombastic

28 comments

Saturday, 20 July 2013




Salam ~ Guten Tag ! Aloha oh hahahaha ! Hi guys =)

Ok, ramai yang tertanya-tanya...biaq betoi paan sepet ni x pernah ada awek, x pernah nak kapel? mata dah sepet elok dah, takkan la x pernah kot, Tahik Lembu ahhh ~! hmmmm.

Well, tanyalah seberapa banyak sekalipun, memang jawapannya 0...oh kosong kosong. Ok, biar kita berbicara secara ikhlas. Pada pendapat saya, memang dari zaman sekolah lagi, tak dapat nk nafi la ramai la gadis-gadis PANAS, HOT sentap kat sekolah aku dulu. ps* aku sekolah cina dulu. Budak-budak sekolah lain sampai boleh tergila-gilakan aweks aweks kat sekolah aku, famous betol sekolah aku, maklumlah sekolah terbaik. Tapi entahlah, dulu aku tak minat semua ni...bukan tak minat pompuan....bahaya la kalau aku minat bukan pompuan...tskkk, basically I'm not gay la. Time sekolah dulu aku terlalu obses dengan sukan renang, kepala hotak aku memang sentiasa pikir nak training..nak improve top timing..tengok cuaca sama ada nak hujan ke tak, kalau hujan aku sedih la x dapat gi renang....weird gila aku ni, dasar forever alone betul. Pendek kata, aku tak termakan dengan keayuan dan kepanasan gegadis yang ada hahaha -.- . Rasa nak berpunya memang tak dinafikan ada tapi ia berlalu pergi dengan begitu sahaja, tiada inisiatif nak minta nombot tepon ke, nak ngorat ke, nak chat ke...lagi satu masalah aku dari dulu lagi aku payah nak balas mesej orang, bukan apa...secara jujurnya aku bukannya tak peramah tapi orang selalu mesej aku tuk berbual time-time nak tido petang...hmmmm so kadang-kala aku terlambat balas ataupun tak balas langsung, sorry kengkawan T_T


Dah hampir masuk umur 20 tahun, Insha allah kalau diberi kesempatan, memang officially 20 la September nanti. Mulalah tengok kengkawan ada yang dah mula nikah, kawin, bertunang...yang tak berpunya jadi berpunya...lambat-laun nikah la juga diorang ni. 20 tahun single tanpa sorang pun ex memang rekod peribadi la, jarang-jarang ada orang buat rekod camni, budak-budak zaman sekarang time tadika pun ada couple siap janji besar nak kawin bagai...woots woots! Kalau tengok kengkawan aku yang berpunya, aku kadang terpikir gak...hmmm camne la diorang mengorat ni? ...berapa lama diorang leh maintain?...ni serious ke main-main ni? Secara jujurnya persoalan-persoalan sebeginilah yang membuatkan aku rasa tak menentu, tak pasti yang mana pilihan yang baik mahupun yang mana yang buruk. Aku yakin dan pasti ramai di antara kita terlalu cepat membuat keputusan yang kadang-kala akan makan diri kita sendiri. Kadang-kala seseorang tu memang dia memerlukan teman, x boleh dok sorang-sorang, tapi dia sendiri pun x pasti adakah betul pilihan dia nak get into a relationship ni. RELATIONSHIP YER, bukan relay relay, yang aku paham relay tu relay yang berenang la acara berganti-ganti, jangan nak jadi perosak bahasa please ~! tak baik time bulan-bulan posa ni.





For me, having a relationship is like you have a vital responsibility towards it. It's easier to get into a relationship with someone, nevertheless in order to protect it or to maintain it, you might face tons of difficulties and obstacles.
Jadi, aku tak yakin yang aku boleh maintain relationship jika ikatan yang halal tidak ada dan tidak dipersetujui. Tanpa ikatan yang sah, makna tanggungjawab akan menjadi sia-sia. Aku lebih selesa berkawan, sudah pasti ada batasannya, agar dengan adanya kawan boleh kita pong pang pong pang, share itu ini, keluar makan sesama sampai bila-bila. Cuba bayangkan, kalau time korang couple, couple pulak dengan classmate ke coursemate sendiri...pastu break up, then bila ada reunion nanti ke, kerja nanti ke, tua esok nanti ke asyik terfikir je kisah lama, kalau terjumpa lagi la teringat-ingat, unless kita dah jumpa another better person tuk kawin. Justeru, walaupun hanya dengan panggilan sekadar couple pun, aku masih berpendapat relationship tersebut adalah suatu tanggungjawab yang besar, sebab kita ni bukan bercinta dengan boneka, kita bercinta dengan anak orang lain. Hmmm susah payah parents orang lain besarkan anak mereka, kita senang-senang je tanpa segan silu nak have fun masa couple. Couple tu bahaya la, boleh mendatangkan maksiat...kita bersembang-sembang pun boleh jadi benda lain nanti....Ya Allah, harap-harap la aku tak diuji dengan melakukan kemungkaran sebegini....aku pun manusia biasa, rasa takut rasa risau tu memang ada.

Memang kalau nk diikutkan dengan ajaran dan cara yang ditetapkan oleh Islam, kita patut merisik, cari yang betul-betul bagus, pastu nikah dan bercinta lepas bernikah. Tapi buat zaman sekarang agak susah sebab semua orang pun macam open-minded sangat...itulah bahayanya. Kita nak bernikah dengan orang yang x kenal pun kita risau dan tidak pasti dengan sejarah silamnya sebab anak-anak muda sekarang terlalu bebas...tak kira la Melayu ke Cina ke India ke semuanya sama.

Aku akan diuji dengan kata-kata aku sendiri, tapi inilah pandangan aku terhadap menatang alah ni. Plan aku simple je, kalau yang mana tu jodoh aku, sesuai, and rasa okay, aku ada duit dan pekerjaan semua, insha allah, terus aku nak nikah jer. Kenal-kenal, risik-risik dulu dalam beberapa bulan pun dah okay, unless yang dah kenal lama tu lagi la bagus lah =D Tak kisah la bangsa mana kaum mana, aku okay je mana-mana wahahaha =.=...sebab kita patut buangkan pemikiran jumud kita khususnya orang Melayu Islam...kan bagus kalau kita dapat mengislamkan kaum lain, x gitu? Rasanya sampai di sini saja tuk post kali ni, assalamualaikum and see you in the future lah !



Posted on Saturday, July 20, 2013 by Farhanboombastic

5 comments