Assalamualaikum & Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku =) !

Alhamdulilah, masih bernyawa, masih bertenaga, masih berkobar-kobar semangatku untuk hidup! Syukur!
Apabila bercakap pasal Ramadhan, sudah tentu ia merupakan bulan yang mulia yang dinanti-nantikan oleh para Muslimin dan Muslimat di seantero dunia. Tidak dapat dinafikan, ganjaran yang diberikan oleh Sang Pencipta terhadap umat yang beribadah kepada-Nya pada bulan ini amatlah besar dan mewah yang tidak akan kita peroleh pada bulan-bulan yang lain. Selagi kita bernyawa, selagi itulah kita perlu bersyukur bahawa Ramadhan kali ni diharapkan bakal meninggalkan kesan dan impak yang besar dalam perubahan diri kita, Insha allah.

Namun, adakah hanya bulan Ramadhan sahaja kita membuat ibadah kepada-Nya? Apakah kita hanya sekadar bekerja 'part time' pada bulan Ramadhan untuk-Nya? Apakah para manusia hanya menunggu Bulan Ramadhan sebagai bulan untuk mereka terikat dan kembali kepada Islam walhal pada bulan-bulan lain kita seolah-olah dibolehkan untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan?

1) Kalau bulan Ramadhan kita diberikan peluang supaya  beribadah, tanya balik diri kita:

"Dah cukupkah aku beribadat ni?"
"Beriya-riya nak sembahyang terawih...yang wajib dah settle? Solat Subuh tadi cam tengahari je baru solat...haiya"
"Hmmm....dah berbulan aku tak baca al-Quran ni..."

2) Kalau bulan Ramadhan kita diberikan dugaan dan ujian untuk menahan segala nafsu, lihat balik situasi kita:


  • "Alamak....sedar tak sedar aku dah beli nasi tomato, nasi beriyani, nasi lemak ayam berempah, koey teow kerang, ayam golek sploh hekor, nasi ambeng, cokodok, karipap, popia, agar-agar, bengkang,air kelapa, air sirap, air limau, ...arghh semua jenis lah. Padahal yang nak makan aku ngan kosmet aku Brad Pit je kat umah...hmmm nafsu-nafsu"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • "Fewiittttt.....perghhhh Justin,,,wei Justin ko tengok tu! Awek tu..yang freehair tu perghh..." "Mana?Mana?" Balas Justin. "Tuuuuuu...yang pakai short pant tu, nampak tak?" Justin ternampak sambil mengangguk-angguk lalu geleng-geleng kepalanya :" haishhhh...Apa ni PSY....orang tengah puasa ni...respect la sikit, jangan dok tengok benda-benda yang bukan-bukan ok!!!!" PSY: "T_T k bro..."


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • "Wei  Ji Sung...ko ade rokok tak? Minta satu kalau ko ade."...."Nah" Hulurkan sebatang rokok sambil menghisap rokoknya dengan macho. "Ji Sung...aku nak tanya la satu bende ni...ko tak rasa bersalah ke kita merokok time-time posa ni?" "Hmmm...entahlah bro, aku chill je...malas ah nak pikir-pikir soal agama ni, lagipun kita kan muda lagi..ada mase punya nk taubat nnti...relax a, muda-muda ni kita enjoy kasi habis kasi terbaekk punye." Jawab Ji Sung dengan spontan. Rakannya Abdul Rooney hanya terdiam sambil menikmati keindahan merokok time bulan posa.


Seminggu kemudian, Ji Sung dimasukkan ke dalam hospital disebabkan penyakit kanser paru-paru. Terkejut bukan main kepalang lagi rakannya Abdul Rooney. Pengajarannya di sini, adakah kita pasti yang ajal tak akan menemui orang muda? Kalau betul-betul tak boleh berhenti merokok, cubalah terbaik untuk berpuasa di hari siang, nanti dah masuk waktu berbuka...hisap ler puas-puas.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • "Eh Eira.. you tengok ni...Hensemnyaaaaa vokalis kumpulan CN Biru tu....Jung YongHwa namanya awwwww muke die sweet sangat!! <3 <3" "Hmphhh!! dia tu boipreng I kot Shasha, memang sebulan bulan puasa ni I nak Layan Korean Drama yang ada die jeeeerrr 24/7..haaa I dah tengok Heartstring 999 kali, I nak pecah rekod la nk tengok kali yang ke-1000 <3 <3 !! " "Hek eleh Eira...dia bukannya kawin dengan you pun!! Xde Xde dia boipreng I Gak !! Hmphhh !"


Hmmmmmm....nampaknya ni juga dikatakan nafsu yang tak terkawal. Kesian YongHwa, banyak betul bini dia dari pelosok dunia, pelbagai bangsa,pelbagai agama pulak tu...1 Malaysia habis hahaha.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3) Bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk kita berubah:


  • "Hmmmm...I tak sampai seru la nak pakai tudung....hmmm maybe next time okay =)?" 
  • "Wei Messi, jom terawih....taun lepas ko tak pernah pergi pun" "Malaslah wei...aku nak main dota ni ada game dengan member japgi...ko gi la sorang-sorang, esok aku teman"
  • "Ji Sung dah sakit tenat sebab hisap rokok....aku dah bertaubat dah....mungkin aku tak dapat berhenti secara mendadak...aku akan cuba berpuasa, aku akan cuba kurangkan merokok...berikanlah aku peluang" rintih Abdul Rooney


Well, maafkan aku jika ada contoh-contoh yang aku kasi mungkin terlalu merapu ke..terguriskan hati mana-mana pembaca ke, tapi hanyalah semua tu hanyalah contoh semata-mata. Walaupun contoh yang diberikan tak begitu realistik, namun situasi yang diberikan amatlah realistik dan memang seringkali berlaku dalam kalangan Umat kita. Aku pun bukannya baik sangat, biasalah manusia tak sempurna, aku pun masih melakukan kesilapan, dan masih lagi memperbaiki kesilapan yang sedia ada, tapi jika kita cuba untuk kawal tingkah laku kita pada bila-bila masa, bukan sahaja pada bulan ramadhan...nescaya kita akan menjadi mukmin yang cemerlang. Wallahu alam. =)