Salam semua..lama tak update blog ni hehe..maklumlah busy raya-raya ni. Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kpd semua kengkawan, pembaca-pembaca blog ini ^_^ Maaf zahir dan batin ya.

Gambar di atas menunjukkan aku, Aiman dan Kimi, yang merupakan sahabat rapat sejak berkenalan time belajar Asasi ket UiTM Lendu dulu. Aiman ni sanggup dtg dari Kelantan semata-mata nak hang out dengan aku dan Kimi..Kimi sekampung dengan aku, duduk dekat Sungai Petani, Kedah...rasa malaih dh nak jumpa dia hahaha.

Kami bertiga sejak dulu lagi dah suka nyanyi bersama-sama...so Kumpulan kami iaitu ABC Ais Kacang sentiasa bersawang dan tidak aktif membuat cover-cover lagu di youtube disebabkan Aiman belajar di UiTM Machang..manakala aku dengan Kimi belajar dekat UPM...so kami macam tak bersemangat and tak begitu komited dengan group nyanyian yg kami tubuhkan sejak 2 tahun yang lalu.

Kami masih lagi mencari identiti group, masih praktis vokal secara bersendirian, dan kami banyak juga la involved dengan persembahan tapi semuanya secara solo...semuanya untuk mencari lebih banyak pengalaman di atas pentas supaya stage fright, interaction with audiences and showmanship kami lebih mantap dari semasa ke semasa. Sekarang ni aku dengan dua orang sahabat ni tengah bercuti and melepak di Pulau Pinang hehe...penginapan hotel selama 3 hari semuanya disponsor oleh Aiman, so bawak duit makan-makan, duit minyak sikit haha. So, dengan adanya Aiman, group ABC Ais Kacang ni telah berjaya la merakamkan beberapa buah lagu. Apa-apa pun, sorry sekali lagi tak dapat nak update selalu, sila tengok, dengar cover kami yang bajet stail hahaha.



First time nyanyi lagu Najwa dengan dua orang mamat ni, tapi aku layan je semua lagu =) Kalau sudi-sudi komen lah supaya kami boleh improvise kumpulan kami ! Berikan kritikan yang membina ya.



Like Page Kami jika anda suka dengan cover Kami: https://www.facebook.com/ABCAisKacang?fref=ts
Subscribe YouTube Channel Kami:http://www.youtube.com/user/ABCaisKacang123

Sekian itu saja, kalau nak suggest atau request lagu pun boleh..kalau kami mampu buat la haha =) bye