Salam semua, lama tak update blog ....busy sikit dengan persiapan sebagai fasilitator Universiti Putra Malaysia bagi kemasukan pelajar baharu sesi 2013/2014 =).... selamat menjalani orientasi pelajar baharu ye kepada sesiapa yang baru nak masuk universiti bulan 9 ni.

Erti kemerdekaan ternyata amat mendalam dan hanya sesetengah rakyat sahaja yang betul-betul menghayati hari yang bertarikh 31 Ogos 1957, pabila pemimpin-pemimpin negara yang telah bertungkus-lumus memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Tidak dapat dinafikan lagi, perjuangan mereka tidak harus disia-siakan, malahan patut disanjung dan dikenang jasa mereka sampai bila-bila masa pun.

Secara jujurnya, aku merupakan seorang yang patriotik. Aku merupakan seorang manusia yang mengetahui erti bersyukur...alhamdulilah, aku bangga sebagai seorang rakyat Malaysia, bukan disebabkan hari ini adalah hari kemerdekaan, namun, aku betul-betul ingin memberi sumbangan yang hebat terhadap negara aku pada masa akan datang. Justeru, aku telah berniat untuk belajar bersungguh-sungguh, menyertai pelbagai program yang bermanfaat di universiti seterusnya menerima sebarang jawatan sebagai pemimpin. Menjadi seseorang yang patriotik bukan hanya menjadi penyokong tegar pasukan Harimau Malaya semata-mata, namun perkara ini lebih menjurus kepada perkembangan kendiri yang memperlihatkan aspek diri kita sendiri di mana persoalannnya, adakah kita adalah seorang rakyat Malaysia yang memberi sumbangan kepada negara yang tercinta ini?


Menjadi seorang pemimpin tidak mudah. Rakyat jelata mungkin tidak faham dengan tugas yang diamanahkan kepada para pemimpin. Menjadi ketua adalah sesuatu amanah yang berat, memikulnya hanyalah orang-orang yang layak dan berkaliber. Tidak mudah untuk seseorang pemimpin untuk memuaskan hati semua orang...rakyat biasa mungkin terlalu cepat merintih, tidak berusaha dan hanya mengadu setiap masa. Oleh itu, kita tidak sepatutnya mengeji pemimpin kerana kita cemburu dengan apa yang mereka ada, namun jika kita berusaha dan menimba ilmu sebanyak mungkin, kita juga layak menjadi pemimpin yang hebat, bukan sahaja pada orang lain, namun juga kepada diri sendiri.


Akhir kata....bersyukurlah. Less complain, work harder, Insya allah, Malaysia aman dan maju selalu ! Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku =) Bersama-sama kita berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara kita.

Reactions: