Topik ni mungkin dah ramai orang post pasal ni, walaubagaimanapun mungkin masih ada di antara anda yang sedang membaca blog boombastik ni belum pernah tahu cara-cara nak tahu sama ada anda ada crush ataupun sebaliknya ada orang minat anda ataupun tidak hehehehehehehe.

1. Gelabah/Nervous


First of all, anda mesti jadik gelabah tak tentu pasal punya. Nampak je si dia lalu, terhuyung-hayang anda jadinya macam kungfu mabuk. Terketar-ketar lutut, tangan menggigil macam kena parkinson, tiba-tiba rasa semacam, berpeluh-peluh sejuk, yang banyak bercakap pot pet pot pet tiba-tiba boleh jadi diam, semua ni adalah kerana HATI ANDA MULA BERDEBAR...cewahhhhh dup dap dup dap dup dap jadinya, pabila heartbeat tak menentu dan bertambah laju, maka anda sedang menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak normal buat seketika. Kalau time nak gi confess lagilah, berdegup laju sampai lupa cara-cara nak bernafas.

2. Eye Contact

haaaa, bermain-main mata...hmm yang tu zaman dulu kalau nk ngorat, sekarang ni kenit mata mau kena lempang. Camnilah al- kisah pasal eye contact ni, perempuan ngan laki yg sama-sama suka each other pada mula-mula comfirm bajet malu-malu taik kucing. Tapi untuk kes yang suka secara diam-diam pun sama. Pada awalnya, kalau member-member ni rileks jer nak bersembang mata bertentang dgn mata, sampai ke siang pun ok takde masalah. Tapi once dah "DUP", terdetik suatu masa pabila perasaan tu mula menjelma, bersembang je confirm mata meliar suka tengok tempat lain...tengok lantai, silling, tangan, dan macam-macam lagi la si dia ni nak tengok untuk mengelakkan dirinya untuk bertentang mata secara direct dengan crush yg dia minat. x percaya? cuba try kat parents ke lecturers anda sebagai subjek ujikaji. krek. 

3. Suka Ambil Tahu dan Layan Dengan Baik

"Aloha, awak dah makan?" "Dah, baru makan tadi" "makan pe?" "Biawak masak sambal cicah air garam" hmmm cliche....tapi inilah hakikatnya. Tak memasal-masal jadi terlebih caring dan suka ambil tahu. =P


5. Suka Texting,Calling, Whatsapp, Wechat dan seiring dengannya

Zaman high-tech sekarang ni memang benda-benda camni menjadi tunjang utama untuk berkomunikasi supaya boleh mengenali lebih mendalam antara satu sama lain. Balik-balik muka same je yang suka dan sibuk bersembang dengan anda, maka anda tahulah apa maksudnya =)


6. Suka Usik-usik/gurau manja

Haaa yang ni memang kebiasaanlah. Selalunya lelaki yang akan menjadi catalyst tuk benda ni terjadi. Lelaki zaman sekarang memang pandai mengayat, siap berpantun berpuisi bagai walaupun gagal dalam ujian karangan bahasa melayu. Perempuan ni sensitif sikit, bila bab-bab mengusik, lelaki lebih cenderung untuk mengusik lebih banyak berbanding dengan perempuan tuk mengusik lelaki. Bila berjaya mengusik, bergelak-ketawa dan sebagainya dikatakan hubungan akan menjadi lebih mesra dan akrab. LOL

7. Cemburu

Sifat cemburu memang tidak dapat dinafikan lagi. Kadang-kala, ada pihak yang cemburu sebab ada jugak homosapien lain yang sibuk nak suka kat orang yang dia suka. Tengok kawan dia bersembang sikit dengan orang yang dia suka mulalah tabur fitnah macam...akhirnya membawa kepada pergaduhan akibat ketidakpuashatian...hmm bahasa melayu apakah ini haiya..Lebih-lebih lagi, mulalah dengan perasaan hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Malahan, perkara-perkara yang melibatkan suka,crush dan cinta memang betul-betul boleh CRUSHKAN personaliti dan kehidupan anda. Kalau nak suka kat orang pun tiada salahnya, manusia memang dicipta untuk saling suka-menyukai, cinta-mencintai, namun budaya kita, tingkah laku kita, peradaban kita masih perlu dikawal secara lebih rasional.








Walaupun kita ada crush, orang yang kita suka, jangan sesekali kita leka dengan apa yang kita buat. Tidak salah menyukai seseorang, namun jika menyukai seseorang itu membawa kesan yang buruk dalam kehidupan anda, maka cari jalan yang lebih sesuai, yang lebih halal untuk mengikat tali percintaan yang lebih hakiki. =)