Salam semua homosapien kat muka bumi ini....well, dah lama tak update blog sebab memang terlampau busy mengalahkan perdana menteri hehe.

Basically, apabila dah ada pelbagai tanggungjawab dan amanah yg harus dipikul, maka masa untuk berehat atau masa lapang akan dikorbankan untuk tugasan yang lebih bermanfaat. Sem ni dan sem depan busy sebab memegang jawatan sebagai Exco Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor, UPM. Laptop ni boleh kata satu minggu sentuh 2-3 kali ...tu pun nak buat assignment.

Tapi, just nak share sikit la pengalaman menjadi Exco ni memang mencabar, seperti yang kita tahu, menjadi pemimpin ni amat sukar untuk memuaskan semua orang ataupun semua pihak, tapi apa-apapun cabarannya adalah bagaimana kita berusaha untuk berkhidmat dengan ikhlas dan berusaha memperbaiki diri. Memang kalau sesetengah orang berfikiran, lantak engko la nak pikir camne, who cares anyway? Tapi, bagi aku, kalau memang majoriti tak puas hati dengan cara kita, maknanya masalah tu datang drpd kita; tapi kalau hanya ada 2-3 orang yg x puas hati dengan kita, maka itu masalah mereka. kalau betul masalah tu adalah disebabkan oleh kita, maka kita sendiri kena bertindak untuk berubah.

Banyak kelebihan menjadi Exco, ataupun apa-apa jawatan sama ada dalam kelab ke, persatuan ke atau mana-mana entiti sekalipun, positif sides nya lebih banyak berbanding dengan negatif sides. Percayalah, banyak kelebihan untuk diri sendiri khususnya. Tapi, pengorbanannya adalah masa.

Kalau kita kat alam universiti, inilah masanya untuk kita mencipta pelbagai kenangan, memperbaiki serta memantapkan diri dengan penglibatan secara aktif dalam pelbagai jenis aktiviti yang bermanfaat. Join je semua, tak rugi. Kalau kita asyik berada dalam bilik je online fb, twitter dan sebagainya, bila lagi kita nak explore dan lihat betapa luasnya dunia ini. Betul, belajar kat universiti memang best kalau kita pandai mencipta kenangan, tapi kalau terperuk dalam bilik tu memang bosaaaannnnnn...kadang-kala ok la nak rehat kat bilik, tak salah pun ~

So, apa-apa pun, minta maaf sebab lama tak update blog, apa-apa pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, semoga yang terbaik sentiasa berada di sisi kita, yang buruk diminta untuk dijauhi drpd kita =) !