Ramai orang tertanya-tanya, adakah budak ni sewel mengatakan dia ni Melayu sedangkan muka dia sah-sah macam Cina. Mula-mula mesti orang ingat aku ni orang Sabah ke Sarawak ke apabila mejejakkan diriku di UiTM. Tapi yang peliknya pula cakap Bahasa Malayu pekat loghat Kedah, berasal daripada Kedah, laju pulak masa cakap dengan orang, fasih tahap dewa. Ya, itulah diri aku yang sebenar, pelik tapi itulah hakikatnya. Jadi kisahnya bermula apabila ibu aku yang berbangsa Malayu menikahi ayah aku yang berbangsa Cina, maka lahirlah aku yang berjiwa Melayu tatapi Berwajahkan Cina.

Dah cakap BM fasih sudahlah, inikan pula suka layan lagu-lagu Rock Kapak 80-an. Masuk saja bilik ataupun kereta aku, mulalah lagu-lagu kumpulan Wings, Search, Iklim, Lefthanded, Black Rose dan banyak lagi berkumandang dengan kuatnya. Sampaikan Melayu yang tulen, yang dikatakan asli pun tak dengar lagu-lagu camtu...perghh muka saja macam Cina tapi jiwa Melayu betul. Sorrylah kalau aku tak layan lagu-lagu Mat Inggeris walaupun aku belajar kos yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris...cuma memang kalau aku pergi karaoke dengan kawan-kawan, lagu Isabella daripada kumpulan Search akanku melalak terlebih dahulu. Bagi lagu-lagu zaman sekarang pula, sememangnya lagu-lagu bertenaga daripada vokalist seperti Black, Aweera, Lan Typewriter, Hafiz dan Hazama menjadi pilihan aku kerana mereka dapat capai note yang tinggi dengan vokal mereka yang amat memberangsangkan.

Dilahirkan dengan mata yang agak sepet, ditambah pula dengan abiliti untuk bercakap dalam Bahasa Cina dengan fasihnya, tidak mustahil aku juga boleh menjadi orang Cina yang asli. Malahan, aku juga mempunyai lebih ramai kenalan dan rakan-rakan berbangsa Cina Malaysia berbanding dengan rakan-rakan Melayu disebabkan aku merupakan salah seorang pelajar yang belajar di sekolah Cina. Sebab itu, orang yang tidak mengenali aku tidak akan mengetahui bahawa aku ni orang Melayu yang beragama Islam sehinggalah aku memperkenalkan diri aku.

Bercerita tentang pengalaman aku di sekolah pula, hampir setiap tahun jika ada cikgu yang tidak mengenali aku, mereka akan tertanya-tanya...mana budak Melayu yang namanya tertera dalam name list kelas ni...tak nampak pun ada pelajar Melayu? Jadi, sesi memperkenalkan diri bermula, dan hampir setiap kali aku menjadi tumpuan apabila perkara ini terjadi. Mulalah cikgu tanya soalan ini, tanya soalan itu..mengapa tak nampak macam Melayu pun...orang lain rileks saja masa tu, aku pula mengelabah jawab ni jawab tu, macam jawab soalan Add Math SPM secara spontan. Pada ketika itu, aku dapat melihat raut wajah cikgu yang agak lucu, yang agak blur dan semua itu dapat memuaskan hati saya sebenarnya, termasuklah pelajar-pelajar lain yang baru mengenali diriku. Ada yang di antara mereka menunjukkan mimik muka seperti poker face O_____O. hehehehe....

Tak kisahlah sama ada orang nak cakap aku ni Melayu ke Cina ke..bagi aku semua itu tidak penting. Allah menciptakan manusia ini pelbagai bangsa, ada hikmah di sebaliknya. Jika kita rasis terhadap sesuatu bangsa, kita adalah manusia yang ingkar dengan ciptaan Tuhan. Bagi aku, Malaysia ini dah cukup aman, cuma biasalah ada sedikit persepsi negatif tentang perkauman...perkara biasa. Akhir kata, follow me then I'll follow you, jumpa lagi, good bye dan assalamualaikum. =)