BAJI- Ayah Ibu Anak (AIA)
Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra

Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan aman ibu di sisi
Wahai intan seluruh raga


Hadirmu membawa seribu warna


Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa


Pertama sekali, lagu ni memang lagu kegemaran aku, sampaikan roommate aku kat kolej, kawan-kawan yang tumpang kereta aku nak pergi kelas tiap-tiap hari  memang naik muak, naik bulu roma, naik rambut, bulu hidung dan naik segala-galanyalah apabila dengar lagu ni. 

RA RA RE RA RE RA ~~~~~~~~! Macamlah aku ada awek nama si Eira, Ira, Syahira,Rafidah ke, Raft...(rakit? LOL)

Lagu ini menjadi inspirasi aku, and at the same time, aku seakan-akan dapat melepaskan feeling 'rindu' dan 'homesick' aku dengan mendengar sambil menyanyi lagu ni. Maklumlah, aku kan anak tunggal, parent aku cakap tanpa aku kat rumah memang rumah sunyi sepi la...kalau ada aku macam nak roboh rumah bising melalak setiap masa...kalau orang datang melawat rumah...cehh kontrol ja macho, buat cool senyap-senyap boleh, sopan santun tahap waiter kat hotel 5 bintang.


 Tu baru sorang...dah pening dah parent aku...macam manalah agak-agak kehidupan kawan-kawanku yang ramai adik-beradik, pulak tu tambah dengan awek la boypren yang busyuk-busyuk tak mandi sploh hari tu ala sayang-sayang tu hehe.

Lagu ni lirik dia simple tapi maksud dia mendalam. Lagu ni memang bunyi dia cam 'kampung' sikit, tapi best, aku suka sangat-sangat. Karaoke lagu ni memang wajib.

Dewasa ini, mai dah ayat karangan spm, ok, memang tidak dapat dinafikan lagi remaja pada zaman ini belajar tak payah cakap la, semua masuk Universiti, Matrikulasi, Asasi, College, Colgate pun ada...pandai-pandai kan. Tapi, apa yang dapat saya perhatikan semasa saya belajar kat U ni, anak-anak muda sekarang terlalu bebas sehinggakan melupakan ibu bapa mereka. Kesian-kesian, belajar pandai-pandai....pastu graduate , mak ayah tanggung duit belanja semua, tapi last-last berpaling tadah, tak balas pun jasa ibu bapa...terus tinggal jauh-jauh daripada mereka Ish ish...asyik-asyik sayang girlfren boyfren...bila nak sayang mak dengan ayah ni? 

Budak-budak sekarang memang pandai belajar, belajar hanya bergantung kepada ilmu dalam buku, tapi ilmu cara-cara nak hidup semakin kurang. Teori lebih banyak berbanding praktikal. Suruh laki tukar paip air memang tak tau la..tayar pancit kat tengah jalan tau tukar ke?...pompuan disuruh memasak, memang tak la kan, maggi cup pun belum tentu tau buat... aku pun akui benda-benda macam ni aku pun tak reti sangat, sangat mengecewakan.

Berbalik kepada soal ibu bapa, aku yakin aku tak dapat balas SEMUA JASA-JASA baik mereka...comfirm, terlalu banyak ... tapi aku cuba untuk menjadi seorang anak mithali, anak yang soleh, anak yang tak bangkang-bangkang cakap ibu bapa ni. Memang remaja ni berjiwa muda, berderau-derau darah kalau ada benda yang tak kena, bertindak melulu, suka memberontak...banyak sikap-sikap yang menunjukkan sifat impulsif.

Mak aku sendiri cakap dia bersyukur dapat anak macam aku (cehhh bangga sat) hidung kembang, punggung terasa ringan yang amat pulak LOL, sebab aku ni tak suka marah-marah, tak suka merajuk dengan parent, dan jarang keluar lebih-lebih lagi pada waktu malam...dan kalau keluar pun siang hari la, memang pergi berenang, main futsal, bowling...haaa camtu, hidup orang bujang la katakan.

Ayahanda aku pula pernah sendiri cakap terus kat aku dia bangga dapat anak macam aku. 2x happy la...dia cakap aku ni anak yang pandai, UPSR PMR dan ujian-ujian kat sekolah pun bagus la result, cuma memang aku akui, aku tersilap masa form 4 dan form 5, aku tak salahkan siapa-siapa, memang salah aku sebab tak rajin menuntut ilmu, so dalam semua peristiwa hidup aku, aku rasa benda yang paling aku kesal mungkin keputusan SPM la. Tapi aku dah cuba untuk bangkit balik masa Asasi, dan aku janji aku akan buat yang lebih baik masa Degree nanti. Insyaallah, dengan Izin-Nya.

Aku harap aku dapat kekalkan prestasi sebagai anak yang baik untuk kedua-dua ibu bapaku, bukan duit dan wang yang mereka harapkan, hanya kasih sayang yang mereka dahagakan daripada kita. Kalau kita bekerja nanti, sibuk macam mana pun, jenguklah mereka, curahkan kasih kepada mereka seperti mana mereka membelai, mendidik, menyayangi kita pada suatu ketika dahulu. Mereka hanya menunggu masa saja untuk meninggalkan dunia ini...jangan sampai tak sempat nanti menyesal pula.

Akhir kata, saya harap cikgu saya boleh la bagi A+ untuk karangan panjang ni walaupun tatabahasa tunggang-langgang *tiba-tiba.


*Ayah,ibu dan anak patut sentiasa memberikan kasih-sayang 
antara satu-sama lain supaya keluarga menjadi lebih kukuh dan bahagia



*Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, nercaya Tuhan yang Esa akan membalas segala perbuatanmu. =D