Assalamualaikum & annyeonghaseyo (ntah betul ke tak haha) tuk semua pembaca blog paling kebaboombastik ni =D. Hari ni malas nak tulis bebanyak so nak tunjuk sikit la life aku kat universiti camna. Memang kalau ada teman-teman, kawan-kawan yang chill-chill, happy happy baru bermakna hidup ni. Ok, first sekali ramai kengkawan pompuan kelas aku ni minat ngan Running Man la, Kpop la haha (mungkin termasuklah diri anda yang sedang membaca ni). Aku tak minat sangat Kpop tapi ada la layan gak sebab ada kawan-kawan aku dulu masa time asasi UiTM suruh aku tengok drama kpop time-time boring...aku pun try la tengok cerita dia, 1st thing pasal aku, aku takkan judge benda yang ak x pernah tgk. So, why not aku tgk dulu and nak find out pasai pa yang semua pompuan dok minat Kpop and K dramas ni. Cerita first aku mula-mula tengok ..Gumiho, lebih kurang cam Kyuubi Naruto tapi dia lawa banyak la hahaha ...bagi aku not bad la, baru la aku paham pasai pa pompuan suka dengan korean ni hmm, tapi kekadang melalaikan gak, no offence. Tapi, apa-apa pun aku nak cerita pasai baju running man yang kami beli ramai-ramai. Sekali lagi, aku x layan sangat Running Man (bukan saja Running Man, Kpop, K Dramas...basically aku ni not a very fanatic fan towards any movies or dramas) sebab aku busy sikit kat kolej, laptop aku ni buka tuk main fb kejap, dan kebanyakkannya buka untuk buat assignments...selalunya aku akan libatkan diri dalam aktiviti kolej/kokurikulum so memang no time nk layan apa-apa movies or dramas. Memandangkan gadis-gadis kelas aku ni nak tempah baju runningman melalui online...aku pun cakap NAK dengan spontan ja...x fikir panjang, lagipun rm25 sehelai, boleh la pakai gi jalan-jalan haha. So, aku ambik kaler biru, sama ngan member aku yang bernama Amirul Syafiq ni...dia abang Lang Tesl kelas kami, kalau korean orang panggil Hyung...ceh x boleh blah hahaha...dia selalu cakap dia awet muda walaupun dia tua 2 tahun pada aku hehe. Baju tersebut sampai lebih kurang dalam beberapa minggu la ( x silap aku 1-3 minggu kot) lupa hehe. Overall, cantik gak la baju ni siap ada tag nama sendiri kat belakang baju yang boleh ditarik dan ditampal balik. Kiranya cam Running Man betul la leh tarik-tarik bagai haha...quite creative and interesting.




Ni dia, Amirul ataupun Am dengan bangganya menggayakan baju runningman beliau bersama-sama  penyanyi Nasyid Interkolej (KPZ) Syakir (member Anep Ensem) ngan Anep Ensem (yg sebelah kanan Am)..gabungan mantop antara kpop ngan nasyid haha....stylo sungguh baju penyanyi nasyid Kolej Pendeta Zaba, UPM. Gambar sebelah kanan menunjukkan nama Amirul dalam bahasa korea...hmmm dah boleh jadi kpop star dah Am ni haha.


Time ni aku bertugas sebagai ahli jawatankuasa Festival Nasyid UPM....aku jadik cameraman, ketua unit hadiah dan cenderamata, and runner...hmm sesuai la pakai baju runningman sebab jadik runner event..penat berlari-lari dalam dewan besar tu.



Gambar yang ni pulak time lepak-lepak kat Padang kawad UPM. Diorang semua suruh pakai baju runningman ramai-ramai nak ambik gambar , sambil berlari-lari dengan girangnya di sekitar padang kawad mcm bebudak -.- Yang tak boleh blah, disebabkan tag nama kat belakang tu boleh ditarik dan ditampal balik...so last-last sebelum balik diorang semua masih tak berjaya tarik yang aku punya lagi, so diorang decide semua pakat-pakat serbu kejar aku sampai dapat tarik tag nama aku....yang pompuan mmg aku tinggal jauh ...aduhhhhh aku lari lintang-pukang gak sebab ada hyung yang bernama Am ngan Amet kejar aku habis-habisan, last-last aku mengalah je la...haha

Muka-muka bebudak yang gembira dan girang sepanjang zaman


Pose yang ternyata memikat hati para manusia di seantero dunia





Gambar last ni paling boombastik la bagi aku..haha. Kenang-kenangan kan, kehidupan di universiti ternyata lebih bermakna jika kita pandai mencipta kenangan bersama-sama dengan kawan-kawan yang sedia ada. =D


Rasanya sampai di sini saja, mana tau lain kali kengkawan aku ni masuk sekali program TV Running Man gi lari-lari sekali haha. All in all, salam and goodbye =)

Reactions: