Assalamualaikum dan salam perpaduan. Minggu lepas Kimi (member aku yg aku kenal time Asasi dulu and kami dah dok nyanyi bersama-sama dekat 2 tahun dah) dtg rumah aku sebab nak praktis nyanyi sikit, lagipun kami tgh cuti semester, so rumah pun dekat-dekat , why not jumpa-jumpa praktis-praktis sikit vokal. Minggu lepas kami decide la nak buat lagu hyper act -Hanya Aku, tapi aku x pernah dengar lagi so kami try rekod.....sumbang terokkk haha dengan tempo semua out ! So, kami bercadang la balik praktis-praktis dulu...nanti rekod lain. 


Lepas seminggu camtu, masih x hafal-hafal lagi lirik...sebab bulan posa kan, kering tekak kalau nk nyanyi banyak sangat, praktis sikit-sikit ...then Kimi pun dtg rumah aku sekali lagi. Disebabkan kami tidak mempunyai apa-apa alat teknikal (mic/recorder) dan sebagainya untuk rakam...kami ambik kamera milik Iman Syippo la...yang buat parodi Ongbak Rindu tu..kimi ni abang dia , dua-dua artis femes la haha. Jadi, kami try la jugak rekod....dalam 2-3 try, maka siaplah cover lagu Hanya Aku ni, walaupun tak banyak editing, kami maintain bagi video tu simple sudah =D. Kalau sudi dengar-dengar la cover kami, komen la sekali kat youtube tu, kasi kritikan membina sikit macam mana nak improve sebab kami nak bergiat aktif balik nak naikkan nama kumpulan kami iaitu ABC Ais Kacang ! 


Rasanya sampai saja...kalau ada apa-apa request lagu nk buat ke, kami consider tgk mampu buat ke tak haha...sebab kami ni jarang dengar radio...so tak tahu sangat lagu-lagu baru yang boleh buat cover ! Jadi, jangan lupa memberi komen dan kritikan membina yg tidak terlalu pedas (takut) terhadap cover kami =) Salam and Good Bye ! ^___^


Nak follow blog Kimi Retis sila tekan link - http://kimijamai.blogspot.com/
Reactions: