Assalamualaikum dan selamat sejahtera =)
Alang-alang expert renang ada kat sini, apa kata kita belajar cara-cara nak renang melalui blog yang boombastik ini.

Ok, teknik renang yang ada kat video atas tu adalah gaya dada ataupun breaststroke in English...you know English?? pouuyouuu ...ok let's begin.

Gaya renang: Gaya Dada - Breaststroke
Rekod Dunia: 50 meter  (26.67 saat), 100 meter (58.46 saat)
Rekod Malaysia: 50 meter (29.46 saat), 100 meter ( 1minit 2 saat)
Rekod Peribadi: 50 meter (33 saat/ Pingat Gangsa peringkat Negeri kedah 2010/Pingat Perak Terbuka Permata Pulau Pinang ETC), 100 meter (Pingat Gangsa peringkat Negeri Kedah ETC/ masa entahlah dah lama x rekod)

Gaya ini selalu dikatakan sebagai gaya renangan 'katak' ataupun 'frog style' kerana ia menyerupai katak yang sedang berenang..hmmm camne tu? Baiklah, gaya ini adalah gaya yang paling slow di antara keempat-empat gaya renang yang diiktiraf iaitu Gaya Bebas, Gaya Kupu-kupu dan juga Kuak Lentang. Kalau diikutkan masa, memang gaya ni paling slow lah walaupun anda berenang macam katak sebenar sekalipun. Renangan gaya dada lebih menfokuskan kepada kekuatan kaki, boleh dikatakan hampir 70-75% tolakan dan anjakan badan untuk ke hadapan adalah hasil daripada tolakan kaki kita.

Ada beberapa langkah yang perlu diambil kira.
1.Warming up - buat stretching dengan betul untuk mengelakkan kecederaan ataupun kekejangan otot.
2.Peralatan yang patut ada - Swim board, goggle, swimming outfits and of course a swimming pool la.

#1 Pernafasan
Bernafas menandakan anda masih bernyawa....hmm ok, pernafasan amat penting kerana bila anda semput atau tercungap-cungap, itu bermakna pernafasan anda semasa berenang tidak betul. Pernafasan yang betul adalah kita bernafas terbalik dengan semasa berada di alam darat. Kita mengambil nafas dengan menggunakan MULUT, lalu menghembus kembali nafas yang telah diambil dengan menggunakan HIDUNG. Saranan untuk mengambil nafas yang baik adalah nafas yang panjang dan mempunyai kapasiti udara yang padu dan tahan lama. Anda perlu menghela nafas yang perlahan dengan menggunakan mulut supaya kapasiti udara yang anda ambil adalah padu dan tahan lama. Pabila hendak menghembus kembali nafas yang telah diambil, caranya lebih kurang seperti menghembus selesema daripada lobang hidung anda....tetapi secara perlahan-lahanlah...jangan excited sangat.

Alam darat: Inhale  - Hidung
                    Exhale - Mulut

Pernafasan untuk renang: Inhale - Mulut
                                          Exhale- Hidung


#2 Kaki
Seterusnya, kita mulakan dengan kaki dahulu. First of all, pegang sisi kolam cam gambar kat bawah ni.


Kaki tuk gaya dada ada 3 steps.
1) Bengkokkan kaki anda seperti yang terpapar dalam gambar di atas
2) Pabila kaki cantik anda sudah bengkok seperti yang terpapar dalam gambar di atas, tendang ke tepi dan kaki cantik anda akan menjadi seperti huruf Y.
3) Dengan kadar segera bermula dari langkah ke-2 tadi, pabila kaki sudahpun dalam keadaan huruf Y, jangan berhenti, terus cantumkan kembali kaki anda dan akhirnya menjadi lurus dari peha sehinggalah ke hujung jari kaki. (lihat gambar bawah untuk info lebih lanjut)




Ulang balik langkah-langkah seperti tadi untuk setiap tolakan kaki supaya dapat melonjakkan badan ke hadapan.

#3 Tangan

1) Pertama sekali, tangan mestilah berada di posisi seperti superman, luruskan tangan anda selari dengan bahu anda, tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, bezanya tapak tangan tidak perlu digenggam. Jari-jemari perlulah ditutup dengan rapat agar air yang ditarik tidak terlepas dari cengkaman.

2) Tarik perlahan-lahan tangan anda ke tepi seolah-olah melukis satu bulatan di hadapan.

3) Pabila tangan ditarik ke belakang dan siku sudah hampir selari dengan bahu, maka inilah saat untuk para manusia mengambil nafas dengan mengangkat kepala anda - mata tengok hadapan, jangan terlalu mendongak ataupun terlalu pandang ke bawah, buka mulut anda dan inhaleeee(tengok gambar di atas).

4) Setelah ambil nafas, maka sudah sampai masanya untuk anda cantum kembali tapak tangan yang terbuka disebabkan nak melukis bulatan tadi sambil-sambil anda merendahkan kepala anda untuk masuk kembali ke dalam air. *pada ketika ini juga anda mula step 1 kaki anda iaitu bengkokkan kaki anda)

5) Setelah tercantum kedua-dua tapak tangan dan menjadi tajam seperti roket, anda seoalah-olah "mencucuk air" tersebut ke hadapan dengan pantas dan kuat. *pada masa ini juga anda tendang dan sepak sekuat hati untuk jadikan kaki anda dalam keadaan bentuk Y, dan seterusnya luruskan balik kaki anda.



#4 Posisi badan
1) Kaki mestilah sentiasa berada di dalam air. Jika ada percikkan air semasa melakukan tendangan, maknanya posisi seluruh badan anda tidak betul. kaki anda sepatutnya berada lebih dalam sedikit berbanding dengan badan dan tangan anda yang senantiasa dekat dengan permukaan air.

2) Semasa kepala berada di dalam air, mata sentiasa tengok ke bawah, bukan ke hadapan.

3) Jika tangan anda dan kaki anda lurus (lurus tapi tak kaku, perlu lebih rileks), barulah anda boleh terapung dengan jayanya.

Akhir kata, dengan memahami segala teori dan langkah-langkah untuk menguasai teknik gaya dada ini sudah pasti masih tidak mencukupi untuk anda boleh berenang secara tiba-tiba. Jika anda masih ingin mencuba di kolam sebenar dan bukannya di atas katil anda serta ingin mendapatkan peluang untuk merasai kemanisan menguasai teknik-teknik renang dengan betul, jangan berasa segan untuk hubungi saya untuk kelas-kelas renang yang bakal ditawarkan. hehehehe good bye and good luck =)





Reactions: