Assalamualaikum and hello guys =)

Satu perkara yang selalu membuatkan kita jeles dan cemburu semasa berenang adalah melihat orang lain mampu terapung di permukaan air dengan smooth dan steady. oh yeah ! Kadang-kala kita nak terapung pun tak boleh walaupun BMI kita normal mahupun berat badan kita adalah di dalam kategori fit dan steady macam tuan empunya blog ni. Namun antara sebab-sebab kita tidak mampu terapung dengan baik adalah:

1) Badan terlalu kaku dan keras (tidak yakin dengan air/fobia/nervous dan sebagainya)
2) Takut lemas
3) Tidak yakin dengan persekitaran kolam/air
4) Posisi badan yang tidak betul
5) Jika kita lihat kembali kepada teori fizik, apa sahaja objek yang mempunyai kepadatan (density) yang lebih tinggi daripada air akan tenggalam. Namun, manusia mempunyai berat badan yang lebih kurang 2/3 daripada kepadatan (density) air. Oleh itu, kita boleh terapungkan diri kita di atas permukaan air tanpa melakukan apa-apa pergerakan.

Antara perkara-perkara yang penting sebelum anda dengan excitednya terjun ke dalam kolam:
1) Stretching terlebih dahulu untuk mengelakkan diri anda daripada mengalami kekejangan otot
2) Pastikan peralatan seperti goggle, swimming outfit dipakai terlebih dahulu
3) Penting* pastikan seluar renang anda diikat dengan cukup ketat bagi lelaki supaya perkara yang memalukan tidak akan berlaku. Begitu juga dengan perempuan...hmm take note...pernah terjadi ye


Baiklah, setelah kita memasuki ke dalam kolam, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah rileksss....rileksss kan diri anda. Jangan gelabah, jangan nervous! Sebab bila anda nervous dan gelabah, badan anda akan menjadi kaku, keras dan sukar untuk anda mengapungkan diri anda dengan sebaiknya nanti.

#TERAPUNG MUKA MENGHADAP BAWAH/LANTAI KOLAM

First step: RELAX kan Diri Anda
- Try di tempat yang lebih cetek terlebih dahulu
- Seboleh-bolehnya berteman (keselamatan harus diutamakan)
- Cuba cari keyakinan diri dan menyesuaikan diri anda dengan persekitaran kolam terlebih dahulu
- Setelah anda yakin, barulah anda boleh rasa relax dan bertenang
- Setelah minda dan mental anda dah relax, barulah anda cuba relax kan badan anda

Second step: Posisi Badan (tangan, kepala, badan, kaki)
1) Tangan

  • Luruskan tangan anda, bahu selari dengan hujung jari, tidak terlalu kecil mahupun terlalu besar               
  • Tangan anda lebih kurang macam superman, bezanya tapak tangan tidak bergenggam, tetapi hanya perlu rapatkan jari-jemari                
  • Posisi bahu anda haruslah lebih tinggi daripada kepala anda. Muka anda perlu menghadap ke bawah/lantai kolam supaya posisi bahu, tangan dan kepala anda selari dan selari.




2) Badan - tidak perlu kaku dan keras. Cuba relaxkan badan anda.

3) Kaki

  • Lazimnya, kaki kita akan tenggelam terlebih dahulu berbanding dengan anggota badan yang lain
  • Namun, jika anda follow setiap steps yang melibatkan tangan dan badan dengan betul, anda               boleh mengelakkan kaki anda daripada selalu/kerap/tidak tahan lama untuk terapung              
  • Kita hanya perlu luruskan kaki kita (dari peha hinggalah ke hujung jari kaki) , Jangan sesekali           membengkokkan kaki anda


Akhir sekali, jika anda akan berjaya terapungkan diri anda di atas permukaan air jika kesemua aspek yang telah diberitahu dilakukan dengan baik. Posisi badan anda akan menjadi bentuk seperti Superman yang sedang terbang. Jangan sesekali membengkokkan kaki ataupun tangan anda kerana streamline/peredaran air lebih berkesan jika setiap anggota badan kita selari dan selaras dari hujung jari tangan sehinggalah ke hujung jari kaki. Cuba berulang-ulang kali, jika anda berjaya terapung selama 10 saat, itu sudah memadai untuk anda bergerak ke langkah seterusnya iaitu dengan menguasai teknik-teknik renang...takkan nak terapung jer selamanya kan..ok chow dulu, kalau nak tanya apa-apa, leave your messages at the comment box =)

Peralatan yang boleh membantu:



Pull Buoys ataupun Pull Board
- Kepitkan di antara kedua-dua belah kaki (peha/celah kangkang) supaya kaki anda sentiasa terapung


Swim Board ataupun Kicking Board
- Digunakan untuk terapungkan bahagian depan badan (badan/tangan)
- Luruskan tangan dan pegang pada penjuru hadapan (bahu dan hujung jari mesti selari)