Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ramai di antara manusia manusia yang tertanya-tanya, camne eh nak bernafas dalam air? hmmm jawapannya memang x boleh nk bernafas dalam air melainkan kita ada insang cam ikan tu ! Apa yang boleh kita lakukan hanyalah mengambil nafas yang secukupnya supaya kita dapat bertahan dengan lebih lama semasa menyelam di dalam air.

Baiklah hari ni cikgu renang yang ohsem ni kasi tips sikit pasal teknik pernafasan yang betul. Anda perlu mengikut beberapa langkah yang penting supaya teknik pernafasan anda betul.

Beberapa kelemahan ataupun masalah yang kebanyakkan orang ramai hadapai adalah:
1) Tercungap-cungap sewaktu berenang
2) Tidak mempunyai nafas yang secukupnya
3) Terlalu penat
4) Lemas

Tanpa orang ramai sedari, pernafasan adalah perkara yang paling penting dan merupakan perkara yang paling prioriti sebelum anda belajar cara-cara untuk terapung dan seterusnya menguasai teknik-teknik renang. Pergilah belajar dengan mana-mana coach ataupun jurulatih renang sekalipun, teknik pernafasan akan menjadi perkara pertama yang anda akan pelajari (selain daripada hal-hal keselamatan seperti melakukan stretching/diperkenalkan alat-alat keselamatan seperti pelampung dan sebagainya/cara pemakaian yang betul ketika melakukan aktiviti dalam air) Hal ini disebabkan dengan adanya teknik pernafasan yang betul, keselamatan anda lebih terjamin dan anda tidak akan mudah penat dan seterusnya lemas semasa berenang.


# 1 NAFAS DIAMBIL (INHALE) DENGAN MENGGUNAKAN MULUT

Baiklah. Apabila kita di alam yang berbeza iaitu alam darat dan juga semasa dalam air, cara pernafasan kita juga akan menjadi berbeza. Jika kita berada di darat, kebiasaannya kita akan mengambil nafas dengan menggunakan hidung kita. Kita tidak akan kerap ternganga/terbuka mulut kita luas-luas semata-mata untuk mengambil nafas bukan? Pelik haha! Tapi, untuk teknik pernafasan yang anda akan gunakan semasa melakukan aktiviti dalam air adalah mengambil nafas(inhale) dengan menggunakan mulut.

  • Tarik nafas dan mengambil udara sebanyak mungkin dengan menggunakan mulut anda supaya isi padu udara yang diambil lebih banyak dan tahan lama.
  • Tips untuk mengambil nafas yang lebih panjang dan tahan lama adalah dengan mengambil nafas dengan slow dan steady, tidak gelabah ataupun terlalu laju supaya nafas yang diambil tidak hanya memenuhi kapasiti paru-paru, malahan juga kapasiti udara di perut anda. (Perkara ini boleh dikaitkan dengan teknik pernafasan untuk vokal, atau lebih lazimnya disebut sebagai suara perut yang bermaksud mengambil nafas yang panjang dan tahan lama supaya bukan sahaja kapasiti udara paru-paru dipenuhi, malah kapasiti udara perut juga dipenuhi. Jadi vokal yang dilontarkan bukannya hanya menggunakan tekak sahaja, tetapi lebih kepada vokal yang dilontarkan dengan bantuan nafas yang mencukupi)
  • Setelah anda berjaya mengambil nafas anda yang panjang dan awesome tersebut, anda perlulah menahan dengan menutupi mulut anda untuk langkah yang seterusnya.
#2 NAFAS DIHEMBUS (EXHALE) DENGAN MENGGUNAKAN HIDUNG 
  • Sambungan daripada langkah yang terakhir tadi. Setelah anda berjaya mengambil nafas dan menahannya, kini anda perlu belajar cara-cara untuk menghembus nafas anda denga menggunkan hidung anda.
  • Jika kita telah menggunakan mulut untuk mengambil nafas, sudah pasti la hidung mancung anda menjadi pilihan pertama untuk anda melepaskan/menghembuskan nafas yang telah diambil
  • Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menghembus nafas anda seolah-olah menghembus cecair selsema anda (jika anda selsema disarankan jangan buat hahaha) secara berpanjangan sehinggalah nafas yang telah diambil habis dihembus.

#3 TEKNIK PERNAFASAN - BOBBING

Klik link di atas untuk tengok cara budak tu melakukan bobbing. Apa itu bobbing? Bob the Builder ke? Tak, bobbing adalah salah satu teknik pernafasan untuk anda melakukannya bagi mengelakkan anda terlampau semput/penat semasa berenang. Pernah tak anda lihat setiap kali orang yang renang secara pusingan sampai ke penamat/penghujung kolam, mereka akan ambil nafas ikut mulut, lalu menyelam ke dalam air untuk menghembuskan nafas yang diambil. Well, itulah bobbing. Setelah ambil nafas mengikut mulut, lalu apa yang anda perlu buat adalah menyelam sedikit (hanya kepala anda pun sudah mencukupi/x pernah menyelam sampai ke dasar kolam/ cukup-cukup menutupi hidung anda pun dah okay) , lalu menghembus nafas tersebut mengikut hidung....maka anda dapat lihat banyak buih secara berterusan dalam air). Hembuskan nafas anda dengan laju di dalam air lalu kembali ke permukaan air untuk mengambil nafas dan lakukan bobbing ni secara pantas dan berulang-ulang kali. Nescaya anda akan hilang semput dan penat anda semasa anda berenang.


Tips tambahan:
Pernah tak anda lihat ada orang dia boleh duduk/baring/tidur dekat dasar kolam dengan hati yang tenang dan relax sahaja. Siap bergambar bagai dalam air. Mesti awesome kan! Well, benda ni antara perkara yang paling simple la untuk para perenang untuk melakukannya. So, how are we gonna do it?

Simple, teknik dia lebih kurang macam bobbing, bezanya cuma, anda perlu menyelam seluruh badan dan menghembus nafas secara berterusan sampailah anda berada di dasar kolam. Benda ni sukar untuk dilakukan jika anda tidak mempunyai nafas yang panjang. Pabila anda menyelam, hembuskan nafas anda secara berterusan dan anda akan lihat buih/bubbles yang banyak disebabkan hembusan nafas anda. Jika anda berhenti menghembuskan nafas anda dalam air, maka buih tu pun akan hilang. Anda perlu menghembus nafas anda sehingga anda berada di dasar kolam, setelah anda berada di dasar kolam, anda dah boleh berhenti menghembuskan nafas yang selebihnya supaya anda ada masa untuk berbaring/duduk/buat apa-apa pose untuk keseronokkan diri =_=. 

Siap pakai kasut, baju, seluar bagai pun boleh duduk kat dalam kolam. hehe


Akhir kata, jika ada sebarang pertanyaan yang tidak jelas, sila komen di bawah =) Selamat Mencuba !